*Sweetstory*: Breastfeeding&Parenting Tips ©

Parenting & Breastfeeding Blog:MEMARTABATKAN PENYUSUAN SUSU IBU

Ayam masak masala kering

Ayam masak masala kering

Bahan-bahan
Halba campur
Bawang merah/bawang putih/bawang besar (di potong)
daun kari
halia (dipotong nipis-nipis)
cili kerng (dipotong)
garam
gula
ayam
serbuk ketumbar
serbuk kari ayam
serbuk kunyi atau kunyit hidup ditumbuk halus
asam jawa (diambil airnya)
serbuk pati ayam (jika suka)
kulit kayu manis/bunga lawang etc..
minyak masak
air

Cara-cara memasak
Panaskan minyak masak
setelah minyak panas tumiskan halba campur dan kulit kayu manis, bunga lawang etc serta daun kari..
kemudian masukkan bawang putih, bawang merah, bawang besar,halia ,cili kering
Biarkan bahan-bahan yg telah dimasukkan itu garing dan naik bau, masukkan ayam.
Setelah ayam empuk sedikit maskkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk ketumbar.kacau hingga rata.Masukkan air asam dan sedikit air.
Masukkan serbuk pati ayam (jika suka).
Tambahkan garam dan gula.Jika anda menggunakan serbuk pati ayam tidak perlu menambahkan garam.
kacau perlahan hingga sebati
Apabila sudah kering (basah sikit-sikit) tutup api…
Taraaa..sedia utk dihidang…

Note:
Sukatan bahan ikut selera masing2..
Ayam juga boleh digantikan dgn ikan atau udang.Jika anda menggunakan ikan atau udang, sila guna serbuk kari ikan/udang dan tak perlu masukkan serbuk pati ayam.
Sedap dimakan bersama nasi putih panas dan juga ketupat serta lemang…

Ikan Asam berlobak Putih

ikan asam berlobak putih

bahan-bahan A
3 keping ikan tenggiri
sedikit kunyit
minyak masak
sedikit garam

bahan-bahan B
1 batang lobak putih (dikikis kulitnya)
5 ulas bawang merah dihiris nipis
1 inci halia muda dihiris nipis
1 biji cili merah dihiris nipis
125 ml perahan air asam jawa
garam
30ml minyak masak
2g serbuk lada sulah
gula

cara membuat
1. perap ikan tenggiri bersama garam dan kunyit. dengan menggunakan minyak yang panas, gorengkan ikan sehingga ia menjadi kekuningan
2. panaskan minyak di dalam kuali. tumiskan bahan-bahan hiris
3. masukkan serbuk lada hitam/lada sulah, garam gula dan air asam, kacau rata masukkan ikan dan lobak putih. kacau sebati sebelum hidang
resepi ilham: Pn sara

Related Posts with Thumbnails





CARI maklumat@yuitsumuni
Custom Search

DISCLAIMER

Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.

Protected by Copyscape Original Content Check