Breast pad
Sebelum ini aku langsung tiada pengetahuan tentang kewujudan breast pad. Apa benda ini?Apa gunanya??
Breast Pad adalah sejenis ‘pad’ yang digunakan oleh ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu untuk mengelakkan susu dari payu dara tumpah/bocor pada pakaian.
Banyak juga jenama breast pad yang pernah aku cuba.
Pada mulanya aku guna disposable breast pad, kemudian, menggunakan washable breast pad.
1. Disposable breast Pad.
Jenis pakai buang. Setakat ini aku sudah cuba :
l Bebe
l Avent
l Pigeon
l Tollyjoy
2. Washable Breast Pad
Jenama yang aku pernah guna
l Tollyjoy – Aku tak suka sgt sebab kecil
l Pureen –Mudah rosak
l Fiffy – Yang ni aku paling suka. Sampai sekarang aku gunakan
Washable breast pad aku guna ketika travel. Kalau time travel susah la kalau pakai yang washable.
Makanlah pisang yang sudah matang(masak), sebab ini akan mudah dicerna, dan gula di dalamnya diubah menjadi glukosa dan cepat diserap ke dalam peredaran darah.
Manfaat Pisang yang berbagai ….
1.Sumber Kekuatan Tenaga
Pisang mudah dicerna, gula yang terdapat di buah tersebut diubah menjadi sumber tenaga dengan cepat. Ini baik untuk pembentukan tubuh, untuk otot, dan sangat baik untuk menghilangkan rasa letih.
2.Manfaat untuk ibu yang mengandung.
Pisang juga disyorkan untuk dimakan oleh wanita yang mengandung kerana ia mengandungi asid folat, yang mudah diserap janin melalui rahim. Asid folat perlu untuk tumbesaran sistem saraf janin
3.Manfaat untuk orang yang kurang darah (anemia).
Dua biji pisang yang dimakan oleh pesakit anemia setiap hari sudah cukup, kerana pisang mengandungi Fe (zat besi) tinggi.
4.Manfaat bagi Penyakit Usus dan Perut
Pisang yang diambil bersama susu cair dapat mengubati penyakit usus; dapat mengimbang masalah acid berlebihan (hyper acidity). Pisang mempunyai ciri anti-radang(inflamation) kerana Vitamin C dapat secara cepat diproses.
Ia juga boleh transform bacillus berbahaya menjadi bacillus yang perlu di dalam usus.
5.Manfaat bagi penyakit hati(liver)
Penderita penyakit hati disarankan makan pisang bersama madu; ia akan menambah nafsu makan dan membuat jadi kuat.
6.Pisang dan Kecantikan
Paste pisang dicampur dengan sedikit susu dan madu, disapu pada muka setiap hari selama 30-40 minit. Kemudian basuh dengan air suam, dan di bilas dengan air sejuk. Ini diulang selama 15 hari. Hasilnya: Kulit yang cantik.
7.Pisang untuk Mengawal Berat Badan
Pisang juga mempunyai peranan di dalam penurunan berat badan seperti juga untuk menaikkan berat badan.
Seseorang boleh mengurangkan berat badan dengan memakan 4 biji pisang dan 4 gelas susu non-fat setiap hari sekurang2nya 3 hari dalam seminggu; jumlah kalori hanya 1250 dan menu ini cukup menyehatkan. Selain itu, diet ini juga membuat kulit wajah tidak berminyak dan bersih.
(Harus ingat diet ini tidak lengkap untuk program kontrol berat badan yang ideal).
Jangan lupa bahawa meminum satu gelas banana milk-shake dicampur madu, buah-buahan, kacang, dan mangga sesudah makan, akan menaikkan berat badan.
8.Lain2 khasiat
Pisang mempunyai manfaat dalam penyembuhan anemia, menurunkan tekanan darah, tenaga untuk berpikir, kaya serat untuk membantu diet, kulit pisang dapat digunakan sebagai cream anti nyamuk, membantu sistem saraf, dapat membantu perokok untuk menghilangkan pengaruh nikotin, stres, mencegah stroke, mengimbang suhu badan terutama bagi ibu hamil, neutralise acid berlebihan, dan sebagainya.
Kandungan pisang terdiri dari
Mineral,
Vitamin,
Karbohidrat,
Serat,
Protein,
Lemak, dan lain-lain.
Nutrien yang terdapat di dalam setiap 100 gm pisang matang adalah sebagai berikut:
Kalori 27 kcal,
Protein 1.6 g,
Lemak 0.45 g,
Karbohidrat 5.4 g,
Serat 3.4 g,
Gula 1.95 g,
Kalsium 14 mg,
Besi (ferrum) 0.5mg
Magnesium 17 mg,
Fosfor 32 mg,
Potasium 256 mg,
Sodium 13 mg,