Bahan-bahan
* 5 keping lobak putih (setebal 1.5cm)
* 100gm daging (potong nipis)
* 2sb sos daging bakar/bbq or equavalent
* 1 biji bawang besar(potong bulat)
* sedikit minyak untuk menggoreng
* garam secukup rasa
* 1sk bijan
* 1 biji timun jepun
Cara-cara
1. Kupas kulit lobak putih, balut dengan plastik wrap, masukkan dalam microwave selama 5 minit.
2. panaskan frypan dengan sedikit minyak, goreng lobak putih sedikit keperangan kedua belah. angkat dan letak dalam pinggan.
3. dalam frypan yang sama, goreng bawang besar sampai layu. angkat dan letak atas pinggan.
4. tambah sedikit minyak dalam frypan, goreng daging yang telah digaul dengan garam. agak sudah masak, masukkan sos bbq dan bijan. angkat dan letak atas pinggan.
5. slice timun menggunakan peeler. tabur garam dan biarkan sekejap supaya layu. basuh dan lap air. hiaskan atas pinggan bersama lobak putih dan daging.
Lobak putih adalah salah satu makanan yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu..dan baik untuk kesihatan ginjal.
Kisah Aminah upah Halimatusaadiah sebagai ibu susuan Nabi Muhammad peringatan penting
MUNGKINKAH parahnya penyakit sosial di kalangan masyarakat hari ini adalah akibat meminum susu lembu sebagai ganti susu ibu? Mahu atau tidak, inilah hakikat yang perlu dipertimbangkan semula kerana bijak pandai mengatakan, ‘Kita adalah apa yang kita makan’.
Tidak hairanlah manusia yang dilahirkan, tetapi diberi minum susu lembu memiliki ciri seekor lembu atau kata lain, bersifat kebinatangan. Bunyinya keras, tetapi lihatlah masyarakat hari ini yang lebih ganas daripada binatang liar