*Sweetstory*: Breastfeeding&Parenting Tips ©

Parenting & Breastfeeding Blog:MEMARTABATKAN PENYUSUAN SUSU IBU

sila rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut

sugar and children diet

Sebaik-baiknya dielakan memberi anak kecil makan makanan yang manis-manis. Mengambil makan manis berlebihan boleh, merosakkan gigi, diabetes dan pelbagai lagi penyakit berbahaya.

Alhamdulillah..anak kami tidak suka makanan yang manis-manis. Dia hanya makan makanan yang manis asli, ataupun tak makan langsung!

Saya memang tidak pernah ‘mengajar’ dia memakan makanan manis. (garam pun dikenalkan bila dia sudah setahun 6 bulan lebih..)

Insya Allah nanti dia sudah besar dia akan makan makanan manis juga jadi semasa kecil ini seboleh-bolehnya saya ingin meminimakan pengambilan makanan manis dalam dietnya.

Apakah pendapat anda?

Kini ramai yang bertanya “Bolehkah bayi membesar hanya dengan minum susu ibu?”

Ada yang memberi pelbagai alasan yang cenderung kepada ‘tak boleh’

Namun pendapat saya…”boleh”

Kenapa saya kata boleh?

Baiklah mari kita rujuk jenis najis ini…

NAJIS MUKHAFFAFAH
Iaitu najis ringan seperti air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur 2 tahun kebawah dan hanya minum susu ibunya sahaja. Cara menyucikannya ialah memadai dengan memercikkan air ke atas benda yang terkena najis itu kemudian lapkannya

Saya bukan hendak menceritakan tentang najis tetapi ingin saya ajak semua memikirkan tentang

‘air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur 2 tahun kebawah dan hanya minum susu ibunya sahaja

Apa yang tersitat di sini?

Yaa..kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah boleh hidup dengan hanya minum susu ibu. Jika bayi itu HANYA minum susu ibu air kencingnya adalah najis ringan!

Antara yang tersirat adalah tentang tahap umur yang Insya Allah dijanjikan boleh hidup dengan hanya minum susu ibu!Maaf saya tidak pandai mengolah ayat agar senang difahami.

(Harus diingat DIA tidak jadikan sesuatu untuk menyusahkan makhlukNYA…)

Yaa..Ibu bapa tidak berdosa jika tidak menyusukan anak dengan susu ibu hingga 2 tahun. Tetapi susu ibu tetap menjadi makanan terbaik bayi 2 tahun ke bawah.

Bagi ibu yang menyusukan anak pula pengambilan makanan yang penuh dengan khasiat yang diperlukan oleh tubuh adalah satu kemestian. Ini adalah bagi memastikan susu yang dihasilkan adalah susu yang benar2 berkualiti kaya dengan zat-zat yang anak anda perlukan.

Related Posts with Thumbnails





CARI maklumat@yuitsumuni
Custom Search

DISCLAIMER

Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.

Protected by Copyscape Original Content Check