*Sweetstory*: Breastfeeding&Parenting Tips ©

Parenting & Breastfeeding Blog:MEMARTABATKAN PENYUSUAN SUSU IBU

Anak tak mahu makan

Saya juga pernah melalui saat-saat ini. Anak tidak mahu makan kecuali menyusu dengan susu badan sahaja.

Apa yang saya buat?

Saya tak beri makan, hinggalah dia genap 2 tahun, tiba-tiba dia meminta makanan.

Alhamdulillah sampai sekarang dia memang akan meminta makanan bila tiba masa makan.

Namun jika anak anda langsung tidak mahu makan setelah berumur 2 tahun ke atas sila dapatkan nasihat dari pakar berkaitan.

antara resepi kegemaran anak saya

sup bebola ayam(untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas.mula kenalkan ketika anak saya 2 tahun 3 bulan)

bahan-bahan:

  • seulas bawang putih- ditumbuk
  • 1cm halia-ditumbuk atau dicincang
  • setangkai daun sup-dipotong halus
  • setangkai daun bawang-dipotong halus
  • 20biji bebola ayam-dibelah 2 bagi memudakan makan
  • 200ml air
  • sesudu minyak masak-untuk menumis
  • kulit kayu manis dan sekuntum bunga lawang
  • secubit garam
  • lobak merah- disagat halus
  • caulif flower-dipotong ikut kuntumnya
  • cendawan butang (jika suka)-belah 4

Cara-cara penyediaan

  • Panaskan minyak dan tumis dgn bawang putih, halia, bunga lawang dan kulit kayu manis
  • Bila sudah naik bau masukkan air.
  • Bila air mendidih masukkan bebola ayam diikuti dengan cendawan, caulif flower, carrot, daun bawang dan daun sup
  • masak hingga mendidih dan bahan-bahan empuk.
  • Tambahkan garam sebagai perisa (jgn masin sgt..ada rasa sikit2 sahaja)
  • Siap

lobak merah disagat kerana anak saya tak suka carrot jadi bagi memastikan carrot tidak kekal dalam rupa carrot.

Sup akan jadi keperang-perangan.Bila dituang ke atas nasi putih, nasi akan jadi kekuningan. Cantik

makanan pejal pertama

Saya bukanlah pakar kanak-kanak mahu pun pakar pemakanan. Apa yang tercoret di sini adalah hasil perkongsian ilmu dengan rakan-rakan seperjuangan.

Makanan pejal

1. Bilakah perlu/sesuai dikenalkan dengan makanan pejal/solid food?

Ketika berusia 6 bulan ke atas dan si bayi bersedia untuk makan.

Antara tanda-tanda bayi bersedia

  • membuka mulut apa bila sudu didekatkan pada bibirnya
  • tidak menangis
  • pandai mengunyah dan menelan.

2. Makanan pertama

  • Disyorkan memberikan bubur nasi kosong lecek/lenyek/kisar halus.
  • Kemudian boleh ditambah ayam,ikan sayur berperingkat
  • Tidak perlu ditambahkan garam

note: makanan bayi yang terdapat dipasaran sudah ditambah bahan pengawet sebaiknya dielakkan.

  • Jika bayi sembelit atau cirit birit ketika baru dikenalkan dengan makanan pejal, hentikan memberi makanan.Mungkin badannya belum bersedia.
  • Berikan bayi anda menu makanan yang seimbang
  • Susu perahan boleh dicampor ke dalam bubur nasi. Dicampur ketika hendak diberi makan.
  • Boleh juga berikan bayi anda puree buah-buahan.
  • Buah-buahan citrus (limau etc) tidak sesuai diberi kepada bayi bawah1 tahun.
  • Jangan berikan makanan pejal/cereal dengan cara mencampurkan ke dalam susu dan diberi menggunakan botol. Bahayakan nyawa anak. Risiko tercekik dan sebagainya
Related Posts with Thumbnails





CARI maklumat@yuitsumuni
Custom Search

DISCLAIMER

Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.

Protected by Copyscape Original Content Check