Saya juga pernah melalui saat-saat ini. Anak tidak mahu makan kecuali menyusu dengan susu badan sahaja.

Apa yang saya buat?

Saya tak beri makan, hinggalah dia genap 2 tahun, tiba-tiba dia meminta makanan.

Alhamdulillah sampai sekarang dia memang akan meminta makanan bila tiba masa makan.

Namun jika anak anda langsung tidak mahu makan setelah berumur 2 tahun ke atas sila dapatkan nasihat dari pakar berkaitan.

antara resepi kegemaran anak saya

sup bebola ayam(untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas.mula kenalkan ketika anak saya 2 tahun 3 bulan)

bahan-bahan:

  • seulas bawang putih- ditumbuk
  • 1cm halia-ditumbuk atau dicincang
  • setangkai daun sup-dipotong halus
  • setangkai daun bawang-dipotong halus
  • 20biji bebola ayam-dibelah 2 bagi memudakan makan
  • 200ml air
  • sesudu minyak masak-untuk menumis
  • kulit kayu manis dan sekuntum bunga lawang
  • secubit garam
  • lobak merah- disagat halus
  • caulif flower-dipotong ikut kuntumnya
  • cendawan butang (jika suka)-belah 4

Cara-cara penyediaan

  • Panaskan minyak dan tumis dgn bawang putih, halia, bunga lawang dan kulit kayu manis
  • Bila sudah naik bau masukkan air.
  • Bila air mendidih masukkan bebola ayam diikuti dengan cendawan, caulif flower, carrot, daun bawang dan daun sup
  • masak hingga mendidih dan bahan-bahan empuk.
  • Tambahkan garam sebagai perisa (jgn masin sgt..ada rasa sikit2 sahaja)
  • Siap

lobak merah disagat kerana anak saya tak suka carrot jadi bagi memastikan carrot tidak kekal dalam rupa carrot.

Sup akan jadi keperang-perangan.Bila dituang ke atas nasi putih, nasi akan jadi kekuningan. Cantik

Related Posts with Thumbnails