*Sweetstory*: Breastfeeding&Parenting Tips ©

Parenting & Breastfeeding Blog:MEMARTABATKAN PENYUSUAN SUSU IBU

Tandem nursing

Tandem nursing

Menyusukan 2 atau lebih anak yang berbeza umur dalam satu masa. Dalam satu masa tidak bermakna menyusukan serentak tetapi menyusukan anak-anak yang berbeza umur.

Masyarakat Melayu selalu menganggap perkara ini ‘tidak baik’, ‘tidak bagus’ malahan ada yang menyatakan ‘minum susu milik adik’ dan sebaginya.

Hakikatnya, tandem nursing adalah harus bagi mereka yang mampu melaksanakannya.

Bagi ibu yang ‘tandem nursing‘, mereka harus melihat perkembangan anak yang lebih muda sebagai pengukur..Jika berat badan anak meningkat tanpa sebarang masalah, dan anak-anak aktif, tiada masalah. Boleh diteruskan penyusuan.

Menyusukan anak ketika hamil.

Tidak menjadi kesalahan agama juga mahupun daripada segi kesihatan terus menyusukan badan, walaupun hamil. Tiada istilah minum susu hak orang lain yakni minum susu bakal adik yang akan tiba seperti yang dikatakan setengah pihak kerana hak susu anak yang lahir ialah sebaik saja dia dilahirkan. Selama mana wanita itu mempunyai susu untuk diberikan pada anak, berilah kepadanya.

1wm_vegetables_075.jpgAlhamdulillah hingga ke hari ini saya masih mampu menyediakan sendiri makanan untuk anak saya.

Ketika akif mula diperkenalkan makanan pejal

  • bubur nasi kosong
  • dimasak dengan cara- menggunakan slow cooker. Malam sebelum tidur beras dan air dimasukkan ke dalam slow cooker. ON dan keesokkan harinya sedia untuk dipindahkan ke dalam bekas dan dibawa ke taska

Sesudah memperkenalkan bubur+ sayuran+ikan+ayam

Bubur dimasak didalam slow cooker juga.

Apabila dia sudah bersedia dengan nasi putih biasa.

  • Nasi disediakan oleh pihak Taska
  • Mummy masakan lauk.

1. Mummy masak malam dan dipanaskan pada keesokkan pagi namun mummy dapati kurang menarik, jadi mummy

2. Memasak untuk Akif setiap pagi.

  • Sediakan semua bahan-bahan pada malam hari dan keesokkan pagi mummy masak.
  • Hanya 30 minit diperlukan(bergantung kepada jenis masakan juga)
Related Posts with Thumbnails





CARI maklumat@yuitsumuni
Custom Search

DISCLAIMER

Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.

Protected by Copyscape Original Content Check