*Sweetstory*: Breastfeeding&Parenting Tips ©

Parenting & Breastfeeding Blog:MEMARTABATKAN PENYUSUAN SUSU IBU

Easy baked pasta

diambik dr myresipi.com(kadang2 takleh nak access la ini web.ish ish)

Bahan-bahan
• 500 gram pasta (sepeket pasta jenis pendek either penne, farfalle, shell or macaroni)
• 300 gram daging cincang (pilih ayam atau lembu)
• 1 ulas bawang putih – dicincang halus
• 1 labu bawang besar – dicincang halus
• 1 tin sedang tomato puri
• 1 tin cendawan butang – dihiris
• 1 biji lada benggala – didadu
• 1 kiub stok ayam atau lembu – ikut jenis daging yang digunakan
• 1 batang carrot – didadu
• 1 batang celery – didadu
• 1 sudu teh herba Oregano kering (dapatkan di mana-mana supermarket/hypermarket)
• 1 helai Bay leaf kering (kalau taknak beli boleh juga gantikan 2 helai daun salam/ serai kayu segar)
• Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano atau Parmesan
• 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
• Garam dan gula secukup rasa

• Bahan sos putih :
• 2 sudu besar butter
• 1 sudu besar tepung gandum
• 2 kotak susu segar ( saya guna 2 kotak kecil Susu Dutch Lady full cream je)
• Secubit lada hitam dan garam

Cara-cara
1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
2. Buat inti daging. Goreng bawang besar dan bawang putih. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga daging keperangan.
3. Masukkan carrot, cendawan, lada benggala (capsicum) dan celery. Kacau sebati.
4. Masukkan tomato puri. Jika nampak terlampau kering masukkan sedikit air. Jangan sampai berkuah pula.
5. Masukkan kiub ayam/lembu (hancurkan dan tabur, jangan masuk seketul) herba Oregano dan Bay leaf. Biar mendidih dan naik bau.
6. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Garam tak perlu banyak sebab stok dah masin. Bila nampak pekat dan agak kering, tutup api dan ketepikan.
7. Buat sos putih. Masak butter atas api kecil (jangan sampai perang). Bila semua butter dah cair dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu. Kacau dalam 3-4 minit, kemudian masukkan susu segar.
8. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang senduk kayu (agak pekat ). Tutup api.
9. Cara melapis : Dalam bekas tahan panas (Saya guna loyang kek aja..or aluminium container tu beli kat bagus seksyen 13 tu), mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata. Lepas tu lapisan inti daging, kemudian ratakan sos putih.
10. Teruskan melapis dan akhiri dengan taburan parutan keju di lapisan paling atas.
11. Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga keju cair dan keperangan. Siap untuk dimakan, yummm!!

Gartan

Bahan A: Untuk isinya
½ bungkus Macaroni saiz sederhana
200 gm udang hidup (dipotong kecil-kecil)
2 sudu makan mentega
sedikit lada sulah
sedikit garam
sedikit gula
sedikit serbuk perasa

Bahan B:Untuk kuahnya
1 liter susu segar
5 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan mentega
5 sudu makan keju parmesan
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit gula

Cara penyediaan

Bahan A:
-Rebus Macaroni hingga lembut (Toskan)
-Panaskan mentega
-Masukkan udang dan kacau sehingga udang hampir masak
-Masukkan macaroni dan kacau lagi
-Kemudian masukkan garam , gula, serbuk perasa dan lada sulah ,kacaulah sehingga rata dan masak kemudian ketepikan

Bahan B:
-Panaskan mentega dengan api yang kecil
-Masukkan tepung gandum , kacau sehingga rata
-Masukkan susu segar sedikit-sedikit sambil dikacau sehingga susu segar habis. Jika tepung bergentel tapiskan dahulu bahan ini kedalam periuk yg lain
-kemudian baru masukkan garam, gula, serbuk perasa,lada sulah dan keju parmesan
-Kuatkan sedikit apinya dan kacaulah sehingga sederhana pekat (jangan terlalu pekat dan jangan juga terlalu cair), ketepikan.

Cara membakarnya:

1. Masukkan bahan A kedalam mangkuk yang tahan panas (size mangkuk untuk hidangan seorang makan)
(bantai guna loyang kek tu jerk kahkahkahkah)

2. Kemudian masukkan bahan B sebanyak 3/4 cawan atau sehingga bahan A tertutup

3. Kemudian masukkan kedalam oven dan bakar dengan menggunakan api atas sahaja , selama 1 atau 2 minit atau sehingga bahagian atas kelihatan berwarna kuning kecoklatan

4. Hidangkan panas-panas

Related Posts with Thumbnails





CARI maklumat@yuitsumuni
Custom Search

DISCLAIMER

Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.

Protected by Copyscape Original Content Check