*Sweetstory*: Breastfeeding&Parenting Tips ©

Parenting & Breastfeeding Blog:MEMARTABATKAN PENYUSUAN SUSU IBU

Salam.

Di copy dari Forum.
Thanks to Dr.Shiha.


Kain warna kuning takde langsung kaitan dengan jaundice.
Harap first time moms kat sini jangan cepat percaya dengan petua yang satu
ni ye, sebab asas logiknya langsung tak ada.

Petua yang paling penting, apa lagi, breastfeed la sebanyak dan sekerap
yang mungkin. Terutamanya waktu awal2 kelahiran, di mana baby still keluarkan
berak hijau (mekonium) tu.

Mekonium yang masih berkumpul di dalam badan baby akan meningkatkan paras
bilirubin di dalam darah baby – dan risiko utk mendapat jaundice menjadi lebih
tinggi. Manakala breastmilk, terutamanya kolostrum sebenarnya juga merupakan
sejenis ‘laksatif’ semulajadi dan ini boleh mempercepatkan pembuangan mekonium
dari badan baby. Oleh itu, bf sekerap mungkin kalau baby kita ada possibility
nak dapat jaundice

Petua kedua penting – jemur baby waktu panas pagi (dari pukul 8 pagi
sampai 10 pagi). Biar baby pakai pampers aje. Tak perlu jemur kat luar rumah,
cukup kat kawasan (wpun dlm rumah) yang masuk sinar matahari, cthnya kat tepi
tingkap atau bawah porch. Sebabnya digalakkan berjemur (kalau p kat hosp. pun,
letak bawah lampu UV tu kira berjemur la tu), supaya cahaya UV dari sinaran
matahari akan menyerap ke dalam kulit baby dan membantu untuk proses metabolisme
bilirubin tadi. Penting untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan
jaundice. Sebab tu biar kulit baby terdedah semaksimumnya – cukup pakai pampers
aje.

Untuk petua – petua yang lain (kecuali yg kain kuning tu), kalau nak
cuba, silakan tapi takde scientific evidence la buat masa ini. Satu lagi jenis
petua yg perlu dielakkan, yang jenis baby kena minum/makan sesuatu dlm kuantiti
yg banyak – cth, susu kambing etc. Yg ni sebenarnya lebih membahayakan keadaan
baby. Takut bila dia kenyang minum susu kambing tu, dia kurang menyusu badan,
dan lagi lambat jaundicenya nak sembuh.
Wallahua’lam.

Link about Jaundice

simple tips

Susu yang dibekukan kemudian dicairkan dan dipanaskan lantas diberi bayi minum. Jika susu itu tidak habis bolehkah disimpan semula di dalam peti ais?

Jawapan:TIDAK BOLEH.
Susu yang sudah dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1 jam.Jika tidak, susu tersebut mesti dibuang.


Tips:
Simpan susu dalam kuantiti yang kecil.2oz/container.
Bila bayi perlukan lebih dari 2oz boleh ditambah.
Maka tiada pembaziran susu ibu begitu sahaja.

Bagi yang menggunakan disposable liner untuk menyimpan EBM.
disposable liner 4oz- Boleh simpan 2-3oz
disposable liner 8oz-boleh simpan 4-7oz


Jangan isi penuh2.Simpan ruang untuk diikat dan untuk susu beku mengembang.Bagi mengelakkan susu tumpah/liner pecah.

Related Posts with Thumbnails





CARI maklumat@yuitsumuni
Custom Search

DISCLAIMER

Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.

Protected by Copyscape Original Content Check