Dari pembacaan saya.bukan susu ibu sudah tidak berkhasiat, khasiatnya tetap terbaik berbanding susu lain tetapi adalah tidak mencukupi lagi untuk keperluan kanak-kanak 2 tahun ke atas.
Maknanya sudah perlu diberi makanan pelengkap lain.
Kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas sudah boleh diberi makanan pejal lain seperti orang dewasa.
Jika kanak-kanak bawah 2 tahun boleh membesar dengan sihat hanya dengan susu ibu, kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke atas memerlukan makanan lain juga tidak boleh bergantung hanya pada khasiat susu ibu.
Seperti mana kita tahu sejajar dengan tumbesaran, kanak-kanak akan menjadi lebih aktif, maka tenaga yang lebih diperlukan
Berilah anak kita makanan seimbang disamping meneruskan penyusuan susu ibu.
Namun, tabiat masyarakat kita suka sangat potong-potong ayat penuh ..Maka timbullah susu ibu sudah tidak berkhasiat selepas 2 tahun…
Susu ibu masih berkhasiat walaupun sudah melebih dua tahun namun kanak-kanak itu sendiri memerlukan khasiat yang lebih yang susu ibu tidak dapat menampungnya lagi.
Dari kellymom.
One Response
precious innocent
August 9th, 2008 at 7:46 am
1tq fid…
Comments RSS
TrackBack Identifier URI