*Sweetstory*: Breastfeeding&Parenting Tips ©

Parenting & Breastfeeding Blog:MEMARTABATKAN PENYUSUAN SUSU IBU

memasak dengan cepat-working mom!

Bagaimana hendak memasak dengan cepat?
Alhamdulillah saya suka memasak (walaupun tak pandai mana pun)

Rekod paling bersih puasa tahun ini(2008) memasak di bulan Ramadhan.Missed satu hari sahaja. Berbuka di luar.

Pada hari-hari biasa juga saya memasak.

Pagi memasak untuk si kecil
Dia ni makan kena jaga sebab banyak sangat alerginya.

Petang/Malam-Memasak untuk orang dewasa(hubby and me)

Antara perkara-perkara yang kita harus lakukan bagi memudah dan mempercepatkan kerja kita

1. sediakan semua bahan – dikisar pada hujung minggu.
Kisar cili/bawang/halia etc dan bekukan bagi yang ingin dismpan lama atau sejukkan bagi yang hendak digunakan dalam masa 1-2 hari.

2. Bawang juga boleh dikupas untuk stok seminggu.

3. Bahan-bahan kisar disimpan didalam bekas kecil untuk sekali guna.

4. Turunkan segala bahan beku ke ruangan sejuk pada pagi hari)bagi yang hendak digunakan waktu petang) dan pada malam (bagi yang hendak digunakan awal pagi)

5. Potong semua bahan-bahan masakan pada malam hari
Simpan dalam tupperware atau kitchen plastik bag.

6. Jika hendak makan makanan yang rumit dimasak pada hari bekerja, boleh juga sediakan semuanya dan dibekukan (lebih baik dari kita makan kat luar atau beli yang instant)

Sekian sahaja untuk topik memasak sendiri ini.

1. shopping complexe
Jika ada nursing room, bolehlah susukan di nursing room.
Setakat ini semua jaringan syarikat Jusco memang ada sediakan nursing room.

Cuma masalahnya para pengunjung.
Ada yang susukan anak yang bottle feeding pun perlu guna nursing room.
Siap sekeluarga consists of mother, father, granparents, and all included maid!

saya pernah minta sekeluarga keluar dari feeding room kerana mereka ingin ‘menumpang’ bilik yang saya dan akif guna,
(tumpang: based on siapa datang dulu)
Sekali yang datang segerombolan macam rombongan meminang.
Jadi dengan muka selamba saya minta mereka beredar.
Jika ingin menukar lampin tukarlah diruangan disediakan tidak perlu menggunakan feeding room.
keyword: Manner pengguna

Jika berkunjung ke shopping complexe yang tidak menyediakan nursing room.Boleh susukan anak di surau.Ataupun pakailah pakaian yang breastfeeding friendly.Juga boleh gunakan selendang untuk melindungi.

2. Hospital
Jika berkunjung ke hospital rakan bayi memang ada feeding room/breastfeeding room.
Hospital Baling pun ada!-muat untuk sepasang anak dan ibu.
Hospital Sg.Petani besar breastfeeding roomnya!
Di hospital juga, ada segelintir ibu yang bottle feeding anak menyusukan anak di dalam breastfeeding room.Boleh bukan tak boleh, tetapi pastikan anak yang hanya menemani tidak menganggu ketenteraman bayi-bayi lain.

3. Menyusukan anak di majlis-majlis keramaian-kenduri kahwin
Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai.
Boleh juga sediakan nursing cover atau selendang bagi melindungi

Saya memang tempah baju(adik saya yang jahitkan) yang khas untuk breastfeeding.

4. Menyusu di kedai makan/restoren/food court
Sama seperti item no.3

Langkah lain yang boleh diambil
Saya latih anak saya agar tidak meminta susu dikhalayak ramai/shopping kompleks(Jika di tempat yang ada nursing room saya encourage)

Apa yang saya buat,
Jika kami berkunjung ke tempat yang ‘tidak mesra penyusuan susu ibu’ saya akan berpesan kepada anak saya agar minum susu kenyang-kenyang ketika berada dalam perjalanan/dalam kereta
Seingat saya kali terakhir saya terkocoh-kocoh berkejar ke nursing room ketika dia berusia 4 bulan.
Selepas itu setiap kali kami keluar dia akan minum dahulu sebelum mulakan aktiviti luar. Ketika umurnya bawah 2 tahun dia boleh tahan tidak minum susu dalam 2-3 jam.
Air masak dibekalkan setelah usianya mencecah 1 tahun lebih.

Hingga ke hari ini dia sudah terlatih menyusu sampai kenyang sebelum ke mana-mana.
(tapi ada juga masanya dia tak boleh sabar-ketika inilah item no.1-4 digunakan)

Ohh terlupa pula
Jika pulang ke kampung
Menyusu di dalam bilik.
Ataupun menyusu dengan cover, ikut yang mana dia prefer.

Related Posts with Thumbnails





CARI maklumat@yuitsumuni
Custom Search

DISCLAIMER

Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.

Protected by Copyscape Original Content Check