“Kenapa susu saya tak banyak?saya dah makan makanan yang berkhasiat.Apa orang kata bagus untuk banyakkan susu saya akan ambil, tapi susu saya tetap tak banyak bila saya pam. Ketika direct feeding pun tak tahulah cukup atau tidak anak saya dapat susu“
Soalan saya:
1. Berapa kali sehari anak anda direct feeding?
2. Berapa kali anda pam susu?(2 kali tak cukup ya…sekurang-kurangnya 6 kali)
Kekerapan direct feeding dan mengepam adalah factor utama yang membawa kepada penambaha susu badan
Ingat konsep susu ibu…Supply on demand.Jika banyak demand makan banyaklah hasilnya.
Kerapkan mengepam Insya Allah.
Anak direct feeding cukup susu atau tidak?
Tiada kayu pengukur namun, kita dapat kenal pasti dari,
1. berapa kali anak kita membuang air
2. bagaimana dengan tidurnya.lena atau terganggu
3. adakah terdapat penambahan berat badan?
4. anak anda aktif atau tidak?
Anak yang medapat susu secukupnya akan,
Perlu menukar lampin 5-8 kali sehari(jika tidak salah saya)
Tidur dengan nyenyak
Peningkatan berat badan yang ‘cantik’
Aktif dan cergas.
Masalah susu perahan tidak mencukupi adalah satu perkara biasa dalam menyusukan anak bagi ibu-ibu bekerja.
Jadi kuatkan semangat anda teruskan perjuangan.
Menyusukan anak bukanlah lama…Cuma 2 tahun sahaja..
(Saya selalu cakap bukannya lama paling lama pun 10 tahun… nanti dia akan berhenti..Tak malukah sudah 10 tahun masih hanen akif???)
Kerap kita mendengar ibubapa (ibu teritamanya) mengadu/menyatakan yang anaknya memilih makanan, picky eater.
Picky eater adalah satu perkara biasa yang berlaku kepada kanak-kanak.
Kenapakah anak-anak menjadi picky eater?
1. Sepertimana kita tahu anak kecil selalunya mengambil masa untuk menyesuaikan dirinya dengan sesuatu yang baharu, jadi apabila sesuatu makanan ‘baru’ diperkenalkan dia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.–> Saya pernah mengalami masalah memberikan anak saya makan sayur, Alhamdulillah sekarang sudah OK…”ini bukan sayur la ini vitamin!”
2. Kanak-kanak beranggapan bila dia menolak sesuatu makanan itu membuktikan dia sudah boleh independence.
3. Dari ‘food fight’ anak-anak kita dapat mempelajari kesan dan akibat membantah suruhan ibubapanya. Mereka amat teruja melihat respon an reaksi ibubapa mereka jika mereka membantah.
4. Ada kanak-kanak yang tidak perlu makanan dalam kuanttti yang banyak.Cukup sekadar 3-4 full spoon. Dan jika anak anda banyak minum susu kebarangkalian dia makan sedikit amat tinggi ataupun langsung tidak mahu makan kerana sudah kenyang dengan susu.
Sebaik-baiknya elakkan anak kita mengambil makanan ringan.