*Sweetstory*: Breastfeeding&Parenting Tips ©

Parenting & Breastfeeding Blog:MEMARTABATKAN PENYUSUAN SUSU IBU

dilema

Apabila saya membaca posting ibu-ibu lain tentang masalah penyusuan mereka di forum berkaitan, saya selalu ‘flash back’ pengalaman saya yang tida seberapa itu.

Antaranya

 

Masalah inverted nipple-puting tenggelam

Kebanyakkan menganggap ia masalah.

Saya ada pengalaman ini.

Jika kita kerap menyusukan bayi perkara ini akan hilang.

Inverted nipple bukan halangan bagi menyusukan bayi.

Bayi menyusu dari payudara bukan dari puting.

Betulkan latch.

Masalah susu tidak keluar pada awal kelahiran bayi

Perkara yang amat normal.

Air susu tidak akan keluar mecurah-curah seperti paip air syabas yang pecah.Ingat itu…

Pada awal kelahiran bayi kolostrum dihasilkan.Memang tidak akan kelihatan ‘susu’

Susukan bayi anda.

Bayi menangis tidak semestinya kerana tiada susu.Mungkin dia masih tidak dapat sesuaikan diri dengan dunia luar.

 

Masalah-Bila nak start bagi bayi solid food

Bukan masalah sebenarnya

Ikut guideline 6 bulan usianya dia boleh diberi makan lain selain susu ibu.

Bolehlah mulakan dengan bubur nasi kosong lecek/blended.

Bayi meniru kita makan tidak bermakna dia lapar, dia cuma belajar….

Bayi Insya Allah tidak aka jemu jika diberi makan menu makanan yang sama berhari-hari.

(Anak saya tak jemu makan nasi dan tak jemu minum susu ibu!)

tambah susu badan

Sekadar ulang posting

 

Antara cara saya memastikan susu badan kekal ada 

1.      Kerap mengepam(ketika masih mengepam)

2.      Galakkan direct feeding jika ada bersama anak

3.      Minum air secukupnya

4.      Kawal stress

5.      Pastikan suami senantiasa menyokong dan membantu

6.      Makan makanan yang sesuai dengan diri yang boleh membantu membanyakkan susu.

 

Antara Makanan yang ‘ngam’ dengan saya

1.      water chestnut/sengkuang cina

2.      kobis

3.      halba

4.      laici

5.      longan

6.      daikon/lobak putih

7.      sawi

8.      kailan

9.      tenggiri

10.  bayam

11.  peria

12.  jantung pisang

13.  soy based product

14.  carrot- kalau buat jus carrot susu sedap!

15. Madu lebah asli

16. Spirulina

17. pegaga-jus atau ulam segar

Itu sahaja yang masih ingat.


Sampai sekarang saya masih tambahkan sedikit halba dalam nasi.

Masak sendiri makanan anda, kalau boleh elakkan makan di luar.


Susu ibu adalah makanan terbaik bayi anda

Related Posts with Thumbnails





CARI maklumat@yuitsumuni
Custom Search

DISCLAIMER

Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.

Protected by Copyscape Original Content Check