“Oh NO!Anak saya tak nak direct feeding.Puas saya sua dia menangis-nangis tak nak. Nak buat macam mana ni????Saya kena stop BF dia ke??”

Ayat ini juga membuatkan saya tersenyum lebar.

Pada pandangan saya, ini adalah pengalaman WAJIB bagi ibu-ibu yang menyusukan anak.

Anak juga macam kita ada masa suka makan nasi lauk siakap 3 rasa, ada masa dengar nama pun menyampah. Tak berselera

Anak kita yang bayi itu pun macam kita juga, ada perasaan.

Namun, jika cara anda menangani ‘tidak berselera’ dia itu salah, anda akan gagal menyusukan anak itu.

1. Jika anak anda mengalami masalah keliru puting yang tiada penyelesaian. Dia lagi suka puting tiruan, menangis sampai biru jika dihulurkan yang original, berbulan-bulan anda usaha dia tak nak juga direct feeding, maka beralahlah…Berhenti memaksa dia direct feeding tetapi jangan berhenti menyediakan susu ibu buat dia. Perah dan pamlah susu anda dan berilah melalui device kesukaan dia. Jangan rasa pelik, orang yang hanya memerah/pam susu juga mampu susukan anak dengan susu ibu. Jika anda pengunjung forum susuibu.com, sila cari member nick ‘tini007’ Beliau menyusukan anaknya dengan cara perah/pam selama 3 tahun(lebih mungkin) and now she’s preparing for the 2nd one!She’s an engineer and travel frequently– Jika anda ada payudara yang bersusu anda mampu susukan anak anda walaupun bukan direct feeding.

 

2. Jika anak anda On dan OFF menolak direct feeding, kaji/kenalpasti apakah perubahan terkini terhadapnya dan anda, antaranya

Bayi

  • adakah dia sedang teething?
  • adakah dia ada ulser di dalam mulutnya
  • adakah dia sakit?

Kanak-kanak teething memang begitu.kalau kita sakit gusi pun kita tidak keruan bukan?Bantu dia atasi masalah teethingnya itu

Jika ada ulser, ubatilah segera

Jika anak anda sakit, seleranya akan berkurang.

ibu

  • adakah anda sakit
  • adakah anda mengandung lagi
  • adakah anda menukar sabun mandi/perfume/bedak etc?
  • adakah puting anda luka?

Monitor perkembangan bayi anda.

Jika anda baru menukar sabun/perfume/bedak etc, nanti apabila sudah lama dia akan terima bau-bauan baru anda

jika anda mengandung lagi dan hormon lain sudah dirembeskan mungkin anak anda tidak suka lagi susu itu-tak sedap mungkin

Jika anda sakit, perhati perubahan anak anda apabila anda sudah sihat-sepatutnya dia akan terima kembali

Jika puting anda luka, mungkin dia tidak selesa.

 

Untuk kes on off ini pastikan anda terus berusaha membantu bayi anda untuk kembali direct feeding.

Anak anda juga mungkin akan ‘jauh hati’ untuk direct feeding jika anda pernah memarahi atau mengasari dia ketika dia menggigit semasa menyusu. Elakkan menjerit  andai digigit kerana ini akan memberikan dia tanggapan yang anda memarahi dia. Kawal perasaan anda- alaahh jadi ibu mestilah kuat sabarkan, setakat bayi bergigi 2 batang gigit …..:-P

Leraikan gigitannya dengan

1. memasukkan jari kelingking anda ke dalam mulutnya-macam biasa

2. picit hidungnya nanti dia akan buka mulut untuk bernafas-namun harus hati-hati dengan cara ini, mungkin bayi anda akan fobia dengan direct feeding jika salah tekniknya.

3. Berpesan-pesanlah kepada bayi anda selalu, jangan gigit…….

(teringat pengalaman berpesan dengan akif dulu, kita pesan, dia ‘demo’ dengan soalan ‘”macam ni ke gigit?” Oh noooooo)

Sekian