Polisi Penyusuan Ibu Kebangsaan? Polisi ini menyatakan…
"Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu SAHAJA selama 6 bulan dan meneruskannya sehingga anaknya berumur 2 tahun. Makanan tambahan perlu dimulakan semasa anak berumur  6 bulan.

 

penyusuan susu ibu sahaja= exclusive breastfeeding

 

Makanan pejal hanya diperkenalkan apabila bayi berusia 6 bulan ke atas.

Apakah makanan pejal pertama buat bayi?

Bolehkah diberi cereal yang dijual dipasaran???

 

Pada pandangan saya yang tidak seberapa ini, eloklah kiranya kita memasak sendiri makanan pejal buat anak kita. Saya masih memasak setiap hari untuk anak saya sehingga ke hari ini. Alhamdulillah..

 

Pada peringkat awal memperkenalkan makanan pejal,

bolehlah dimulakan dengan bubur nasi kosong yang dikisar/blended/lenyek

cara memasak: macam cara memasak bubur nasi biasa juga cuma lebihkan air.

 

setelah 1-2 minggu memperkenalkan bubur kosong bolehlah diperkenalkan bubur bersama bilis/ayam/daging/carrot/kentang/bayam/etc

berikan menu yang sama sekurang-kurangnya 3 hari untuk melihat reaksi alergi daripada bayi anda.

 

Pada peringkat awal memperkenalkan makanan pejal tidaklah  perlu diberi makan 3 kali sehari…cukup sekadar 1 kali seminggu  atau…

mulakan dengan seminggu sekali…kemudian 3 hari sekali…2 hari sekali dan sehari sekali….

step by step

jika anak hadapi masalah sembelit dan sebagainya berhentilah memberi makanan tersebut buat seketika.

Pada usia byi bawah 2 tahun makanan pejal hanyalah sekadar ‘makanan tambahan’ yang utama tetap susu…susu ibu!(kalau yang minum susu fprmula juga…khasiat daripada susu sudah mencukupi…) makanan pejal hanya melengkapi….

 

pada permulaan…2 minggu pertama (mungkin) berikan bubur kosong sahaja. Kemudian bolehlah ‘upgrade’ dengan perisa asli. Jangan gunakan garam dalam makanan anak anda. Makanan anak saya tidak bergaram sehingga usianya 2 tahun…Jika anda inginkan makanan berperisa masin…stok ayam atau bilis sudah memadai.

Untuk rasa manis…carrot

 

bagaimana pula dengan makanan bayi di pasaran?

Kala boleh cuba elakkan. kerana makanan-makanan ini adalah makanan yang diproses dan pasti ada ditambah pengawet(yang dibenarkan) namun home-made food kan tetap terbaik.

 

Boleh juga dicamporkan sedikit EBM ke dalam bubur bayi anda ketia hendak memberi dia makan.

 

Takkan saya nak masak hari-hari?

Jika saya YA

Saya memasak setiap hari untuk anak saya sejak usianya 7 bulan(mula membawa bekal ke taman asuhan)

Atau

anda boleh masak seminggu sekali

kemudian kisar dan simpan di dalam bekas kecil-kecil(sekali makan) dan bekukan.

Handle macam uruskan EBM

Lilypie Breastfeeding Ticker

Related Posts with Thumbnails