Ingin mengulang topik lagi..walau dah berkali-kali topik sama..

 

ibu bekerja dan penyusuan susu ibu..

adakah relevan?

mampukah ibu bekerja menyusukan anaknya dengan jayanya?

Ya..mampu jika ibu itu berkemahuan….

Anda boleh ketepikan masalah bos..masalah tempat kerja dan sebagainya jika anda punya kehendak melakukannya

 

bilakah perlu mula?

Mula apa?mula buat stok susu…2 minggu sebelum mula bekerja..atau pun sebaik sahaja susu anda established…

saya dulu buta ilmu penyusuan susu ibu..saya mula buat stok dua hari sebelum masuk kerja..dah tu guna pam pureen yang bateri operated bunyi macam mesin rumput tu!

Tapi..Alhamdulillah…ada juga 14 botol (14X4oz)…Kemudian hari pertama kerja saya ‘tuai’ 10X4oz…

Alhamdulillah

Pada hari pertama saya masuk kerja saya bawa pam pureen dengan 4 ketul bateri + charger handphone nokia(tahukah anda pureen dan anakku bateri operated boleh digunakan dengan charger handphone nokia?saya tahu!tapi sila baca betul-betul berapa voltan yang disupply…match tak dengan pam..kalau silap kang meletup saya tak jamin)

sehari sebelum saya masuk kerja..(suami saya baru balik dari eksesmen LHDN-dapat kerja LHDN tapi tak pergisebab 6 bulan pertama tak tau nak kudap apa.dengan rm900)

kami ke JJ bukit Raja..saya nak cari beg…wah serius saya tiada pengetahuan tentang beg susu/cooler bag…

saya beli beg document..hahaha RM25.99…kemudian saya bawa ke pejabat dengan di dalamnya saya letak beg susu(alaa beg yang boleh letak 2 botol susu tu)

tapi saya hadapi masalah sebab dalam ‘beg susu’ tu muat 2 botol 4oz 2 botol 2 oz sahaja….saya dah gundah gulana..tapi bantai ajalah labu!

saya bawa bag begitu satu minggu

tapi saya dah tak tahan…

pam saya dah tak mampu bekerja…

saya ajak suami saya cari pam lain…

Ada duit rm300 sahaja elocate untuk pam…cari punya cari saya beli AVENT ISiS manual rm219 kat Isetan KLCC..jauh sungguh cari pam…

Nak beli set all and about tu tidak cukup wang rm89.90!Kasihan…

Seminggu kemudian, saya tak tahan pula dengan bag murahan saya itu…

maka saya ajak suami saya cari cooler bag…

kami ke Babyland summit USJ..saya search terjumpa kisah babyland ni

maka kami beli medela cooler bag RM150

masih gah bag ini!

Maka saya isytiharkan saya complete dah dengan gadget pumping!

Saya beli coleman ice box 6 cans untuk bawa EBM anak ke taska

beli icebrite coleman rm12.90 sekarang dah naik harga!

kemudian munculllah pelbagai gadget/peralatan EBM yang serba canggih yang membuatkan saya tidak mampu berhenti menyokong breastfeeding!

seolah-olah tiada alasan untuk ibu bekerja untuk tidak menyusukan anak…

barang-barang yang diperlukan oleh ibu bekerja untuk membolehkan dia menyusukan anak walaupun bekerja

  • pam(kalau pandai guna tangan tak perlu pam)
  • storage susu-cooler bag or ice box
  • chiller-ice brite+techni ice
  • breast pad
  • botol susu or any container that can be used to store EBM

 

Jika pejabat anda TIADA peti ais jangan risau

anda boleh buat begini

beli satu ice box or bekas polisterin yang putih itu/cooler bag..isikan dengan ice/ice brite+techni ice

letak di tempat sejuk..near aircon or mana-mana yang relevan

insya Allah susu anda akan selamat di dalamnya

bilakah hendak perah susu?

kerja sibuk tak ada masa..

sure ada break time kan…(break time silalah rest)

or bagi tahu ketua anda..ala 15 minit sahaja…

saya tak bagi tau bos pun saya hilang ja begitu sahaja…time kerja saya agak flexible lah juga…

kalau memang hanya break time sahaja anda boleh pam..ok gunakan break time…

contoh lunch time anda pam susu..anda makan time morning break dan tea time…ok kan?

 

berapa kali sehari?

kalau kat pejabat 8 jam tu paling kurang pamlah 2 kali..kalau boleh 3-4 kali lagi bagus..

 

tempat memerah susu

surau kan ada..susu ibu bukan najis..

worst case senarion..kat toilet pun OK…namun pastikan toilet bersih…(selalu toilet untuk tetamukan syarikat ‘jaga)

ada satu cerita lucu saya pam kat tandas untuk tetamu syarikat..

bukan saja tetamu yang guna ada juga staf guna..

pada suatu hari suami saya lambat..saya nak ke surau saya takut nak cross production line yang malap time malam..maka saya singgah saja kat toilet at main lobby…kat main lobby ada security kat pintu keluar…

maka saya pun masuk dalam tandas ambil ‘bilik’ paling hujung..pam la saya kat situ..sekali ada orang masuk…entah macam mana pam avent saya berbunyi krok krek krok krek..orang kat toilet sebelah takut…(saya rasa laaa)

dia cakap..”hellooo…helloo”

saya diam aja.

then saya dengar dia cepat-cepat keluar..

adakah dia ingat saya ni hantu???

saya pun pelik kenapa saya tak menyahut…saya malas nak explain kalau ditanya saya sedang buat apa…hahahaa

 

sekian, buat kali ini