*Sweetstory*: Breastfeeding&Parenting Tips ©

Parenting & Breastfeeding Blog:MEMARTABATKAN PENYUSUAN SUSU IBU

sumber makanan kaya kalsium

andai kata anak anda tidak suka akan susu jangan susah hati..ops..bukan anak sahaja..anda juga!

sumber kalsium bukan hasil susu:

  • susu soya
  • sayuran berdaun hijau gelap(kailan..sawi..brokoli etc)
  • salmon
  • bilis
  • tenggiri
  • badam
  • tofu

dan banyak lagi

memperkatakan tentang sayuran berdaun hijau…ia termasuk juga pucuk ubi, pucuk kaduk…sayuran dan ulaman kampung!

jika anda masih mahu memberikan anak anda sumber kalsium berasaskan susu lembu, bolehlah mencuba

  • dadih
  • mushroom creamy soup
  • cheese
  • butter

pelbagaikan masakan anda…

Alhamdulillah saya tiada bermasalah dalam hal memberi anak saya makan makanan sumber kalsium….

40 kesilapan ibubapa

kesilapan ibubapa

  1. pemilihan jodoh tanpa memikirkan akan perihal zuriat
  2. perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
  3. kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
  4. memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak
  5. tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan buat anak
  6. jarang bersama anak ketika mereka makan
  7. melahirkan suasana kurang seronok ketika makan
  8. membeza-bezakan kasih sayang antara anak-anak
  9. kurang melahirkan kasih sayang
  10. sering mengeluh di hadapan anak
  11. tidak meraikan anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
  12. tidak mengajar anak akan konsep keadilan
  13. tidak memberatkan pendidikan agama terhadap anak-anak
  14. tidak terlibat dalam urusan pelajaran anak-anak
  15. tidak memprogramkan masa rehat dan beriadah anak
  16. tidak menggalakan dan menyediakan suasana suka membaca
  17. mengizinkan anak makan dan minum makanan  dan minuman yang tidak halal
  18. tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak
  19. jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak
  20. jarang berkomunikasi di antara anak dan ibubapa..
  21. tidak menggunakan bahasa yang betul
  22. suka bertengkar di hadapan anak
  23. sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak
  24. tidak membimbing anak agar mematuhi syariat
  25. memberikan kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
  26. terlalu mengongkong anak-anak
  27. tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak
  28. tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak
  29. tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
  30. tidak berminat melayan pertanyaan dan kemusykilan anak-anak
  31. tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak
  32. lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
  33. kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
  34. tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman terhadap anak-anak
  35. memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
  36. hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan
  37. sering mengancam dan menakutkan anak
  38. menghukum tanpa menyatakan kesilapan anak
  39. tidak tegas dengan anak-anak
  40. tidak menggalakkan anak hidup bekerjasama

dipetik dari buku ‘40 kesilapan mendidik anak’ oleh Dr.Hasan Ali

Sumber: forwarded Email.

Related Posts with Thumbnails





CARI maklumat@yuitsumuni
Custom Search

DISCLAIMER

Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.

Protected by Copyscape Original Content Check