*Sweetstory*: Breastfeeding&Parenting Tips ©

Parenting & Breastfeeding Blog:MEMARTABATKAN PENYUSUAN SUSU IBU

breastpump paling bagus

apabila diajukan breastpump jenama/jenis mana paling bagus memang susah untuk saya jawap

Saya ahanya ada pengalam menggunakan pam spectra3 dan avent ISIS maual sahaja….

Ohh pureen battery operated juga..tapi silalah elakkan penggunaan pam jenis ini jika hendak menyusukan anak sampai 2 tahun

 

sesungguhnya tiada satu pun breastpump yang boleh dinobatkan yang terbaik kerana baik atau tidak sesuatu pam itu adalah bergantung kepada kesesuaian individu..cara menggunakan dan cara hidupnya…

 

pilihlah pam berdasarkan keselesaan anda….selesa menggunakan..selesa membantu memerah susu selesa wang ringgit….

dan juga pertimbangkan pam itu anda hendak gunakan di mana..tujuannya untuk apa?

jika pejabat tiada punca electric jangan pula beli yang electric operated(ada ke pejabat tidak berelektrik..tiada..cuma ada yang tidak dibenarkan menggunakan elektrik untuk hal peribadi)..pilihlah yang battery operated ataupun manual type….

ikut kesesuaian…kalau banyak travel belilah yang sesuai untuk travel….kalau travel dalam kereta mungkin battery operated dan manual type lebih sesuai..

puree kentang-kacang peas

umur : 7 bulan ke atas
saiz hidangan : 2 (boleh disimpan dalam peti ais selebihnya)

resepi ini juga saya temui dari nota koleksi makanan bayi….sumber asal saya sudah lupa

Bahan-bahan:
1 biji kentang potong dadu kecil
2 sudu kacang peas (dalam tin-basuh dan tos)
1 sudu ikan bilis goreng & kisar/tumbuk
2 sudu labu dipotong dadu kecil
1 ulas bawang putih

 

cara menyediakan:
Labu, bawang putih dan kentang direbus sehingga empuk. Gunakan 2 cawan air. Api kecil. Lepas empuk, masukkan kacang hijau, biar sebentar. Kalau perlu masa masak ni air rebusan kering, tambah sikit air. Lenyek kasar kentang, labu dan kacang peas. Gaulkan dengan ikan bilis kisar. Cairkan dengan susu ibu..

Kalau baby bawah 8 bulan kisar halus masakan ni…

Nota :
- Labu boleh diganti dengan lobak merah/carrot.
- Ikan bilis boleh diganti dengan daging/ayam tetapi direbus awal bersama kentang dan labu.
- Bawang putih bagus untuk elakkan infeksi sebab khasiatnya sebagai antimikrob.

Related Posts with Thumbnails





CARI maklumat@yuitsumuni
Custom Search

DISCLAIMER

Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.

Protected by Copyscape Original Content Check