Saya tidak mengambil sebarang pil/kaedah merancang keluarga berteknologi..hanya secara natural…kerjasama…tetapi di sini ada sedikit artikel mengenai pil noriday
artikel dipetik daripada akhbar..
PIL Noriday adalah satu-satunya pilihan jenis pil perancang yang tidak mengurangkan penghasilan susu ibu (di samping suntikan depot dan implan).
Namun, salah satu kesan sampingan yang mungkin didapati adalah gangguan haid yang lazimnya (jika berlaku) tidak teratur, kerap dan berpanjangan. Ini mungkin kurang sesuai untuk anda memandangkan anda menghidapi penyakit injap jantung reumatik.
Jika menjadi lebih teruk (haid banyak dan berpanjangan), lama- kelamaan ia menyebabkan keadaan kekurangan darah (anemia) dan membebankan jantung anda.
Pilihan kaedah perancang keluarga wanita berpenyakit jantung reumatik seperti anda memerlukan perbincangan lanjut dengan doktor masing-masing ke atas perkara berikut:
- Kepentingan merancang keluarga menggunakan kaedah berkesan. Setiap kehamilan memberi bebanan kepada jantung anda.
Jenis pil hormon berkombinasi sangat berkesan dan tidak menyebabkan gangguan haid, namun ia berisiko menyebabkan keadaan pembekuan darah dalam saluran vena sehingga menyumbat paru-paru (tromboembolisma) dan membahayakan nyawa.
Sungguhpun begitu, risiko tromboembolisma wanita jika hamil adalah jauh lebih tinggi berbanding risiko tromboembolisma wanita pengamal kaedah pil ini.
- Jenis pil satu hormon (Noriday, suntikan depot dan implan) kurang risiko tromboembolisma, namun ia mungkin menyebabkan peningkatan cecair badan sehingga membebankan ventrikel jantung.
- Jenis alat dalam rahim boleh menyebabkan risiko jangkitan dalam pelvis (PID) di kalangan dua peratus pengamalnya. Ia juga berisiko menyebabkan jangkitan pada jantung (endokarditis) namun sangat kecil (kurang daripada satu dalam sejuta pengamal).
- Kaedah kondom kurang mempunyai kesan sampingan namun ia sangat memerlukan kesungguhan (bukannya memakai hanya sekitar waktu subur). Hanya yang benar-benar bersungguh mengamalkannya boleh menggunakan kaedah ini.
Bagi wanita lain yang tidak mahukan lagi anak atau dinasihatkan tidak hamil lagi atas sebab kesihatan jantung, kaedah pemandulan melalui pembedahan mengikat saluran falopio (perempuan) atau vasektomi (lelaki) bolehlah dipilih.
Anda boleh berbincang dengan doktor mengenai perkara ini pada awal atau sebelum kehamilan akan datang. Usah tunggu hingga selepas kelahiran.
26 Responses
haryanie
June 30th, 2010 at 11:29 pm
1sy brusia 21 thn dn bru mlahirkn baby,skrg usia baby 2bln..sy bru mgambil pil perancang noriday..mslh sy,sy x mkn pil ni slama 5 hari n hari ke6 sy mkn hari ke8 sy bsama suami…adakah sy akan mgandung…spatutnya pil ni x boleh bhenti tp sy x tahu sy dtg bln sy bnti mkn pil ni..
haryanie
June 30th, 2010 at 11:30 pm
2adakah akan mengandung sekiranya ttnggal mkn pil ini?
haryanie
June 30th, 2010 at 11:40 pm
31 lg soalan sy…sy kerap sakit kpala n rs loya nk muntah adakah ini kesan mkn pil noriday ini..?
fid
June 30th, 2010 at 11:40 pm
4haryanie
maafkan saya
saya tak arif bab ni
lagipun saya tak ambil sebarang pil perancang
fid
June 30th, 2010 at 11:42 pm
5untuk maklumat lanjut mungkin boleh hubungi doktor puan…dan maybe ya kot sebab melibatkan hormon kan
mimi
October 20th, 2010 at 5:05 pm
6betul ke pil noriday ni kena ambil tpt pada waktu..jika terlewat shgga 4,5 jam drp waktu biasa adakah risiko untuk hamil
Fid
October 22nd, 2010 at 5:35 pm
7mimi
saya tak arif bab nih
maaf ya
Deshawn Kudrle
January 11th, 2011 at 2:25 am
8Hello. Terrific job. I did not anticipate this on a Wednesday. This is really a good story. Thanks!
niza
January 13th, 2011 at 1:03 pm
9sy makan pil noriday nih.. nurse tuh cakap dia kene makan on time.. mean kalo makan kul8mlm, maintain kul8 malam aje… barulah hormon stabil… tuk sakit kepala dan loya plak, nurse cakap tuh adalah sebab nak stabilkan hormon dalam badan kite… sy dah makan lebih kurang 2 bulan tp pening dan loya masih belum hilang…
mum ryan
March 1st, 2011 at 12:34 pm
10sy makan pin noriday ni da 2 bulan.baby baru 3 bln klinik ckp i stil kena makam pil ni stat baby 1 bln gi..rasanya sy ok dgn pil ni..sy susukan anak sepenuh masa x pena campur apa2..tapi i tak ikut time btul2 mkn ari ni mkn mlm esk mkn siang esk gi mkn mlm dan pena beberapa kali la terlupa mkn so i cpt2 mkn awal pagi.takut ga terbabas (termengandung).i blum piriod gi sejak besalin…
ummi
March 10th, 2011 at 12:21 pm
11sy makan pil ni juga..anak saya ke 3 nie dah 5 bulan.hari tue saya pernah stop mkn ubt nie dlm 2minggu. tp sy smbung mkn blik spt biasa.tp hr nie ada kuar darah plak….apa ptut sy buat?
suzilah yamin
April 5th, 2011 at 11:50 pm
12sy dh mkn pil noriday dh hampir 6 bln, susu bdn masih ada lgi tpi priod lak yg tak ade, mcm mana yek..ader kesan sampingan tak…
nurul
April 6th, 2011 at 2:08 pm
13saya baru mla mkn pil noriday ni ,,,,,,,mla2x mkn kpla saya pning,,,x llu mkn ……so saya amk pil ni untk ke 2 kali,,,bla saya tmbg brt bdn saya naik,,,,kpla pning msh lg btrusan…….skrg bby saya da 2 bln da……bla saya tau brt bdn saya naik,saya risau mla tfikir nk tukar pil lain…..bleh ker saya tkr pil lain…..mcm regulon,,
Fid
April 19th, 2011 at 3:19 pm
14suzilah yamin
saya tak arif bab ni
puan boleh rujuk gynea ya
Fid
April 19th, 2011 at 3:19 pm
15nurul
Untuk hal ini lebih baik puan hubungi gynea
nurul
October 17th, 2011 at 11:30 pm
16Mana2 pil perancang tidak mengurangkan susu,cuma noriday adalah pil yang kite galakkn n paling-paling wajib disyorkan bagi ibu yang fully breast feeding..selepas ank berusia 6 bulan kite galakkn n minta ibu tukar pil samada regividon atau regulon…susu ibu masih keluar wlaupon menukar pil,jadi adalah salah mengatakan semua pil ini mengurangkan susu….penghasilan susu berlaku adalah dimana hormon prolaktin dirangsang spenuhnya oleh hisapan anak keatas payudara..wat sume2..sekiranya terlupa makn sebiji ubat berhari2 n thrn makan balik…lupakan je la,maka mngndung la jawapannya…so kene la tukar paket yg baru n kene tggu period….kalu nak bsm pki la kndom jwpnya
nurul
October 17th, 2011 at 11:32 pm
17anyway…slah kalu katakan makn pil perancang berat badan akan naik…..bila makn pil mybe selera u all pon bertambah..so u all kene la cntrol makan..kdg2 psikologi korang da set makan pil bert naik..sb kbnyakkn patient yg sya jumap makn pil berat mntain n turun naik 1kg n then turun…xde maslah
nurul
October 17th, 2011 at 11:34 pm
18buat yang xdatang period tu normal la kekadang ade patient yag smpai stahun-2thun xde period….so jgn nervous ok…tuk ilangkn rasa mcm2..tnya pada yang arif LPPKN
nurul
October 17th, 2011 at 11:35 pm
19kalau pening boleh tukar…xde maslah
liza
November 10th, 2011 at 3:26 pm
20sy mkn pil perancang noriday dah 3 bulan,bulan pertama mkn period 2 kali…so buln ke2 x period,sekarang dh hbs sepaket pil,sy stop nk suh period ,tp lum period lg..nk kata pregnant x ,sebab sy x pernh tinggl pil ni,sentiasa mkn…adakh sy akn period..@ sy sambung jer mkn pil noriday ni mcm biasa ..x pernh mkn pil noriday ni confius lak
Fid
December 14th, 2011 at 9:53 am
21liza
dapatkan nasihat doktor ya
midah
July 13th, 2012 at 2:12 pm
22slm selepas saya makan pil noriday saya period.Pada hari pertama darah x brp byk..tapi bila hari ke 2 dan ke 3 darah keluar byk ..knp ya..sebelum ni saya makan pil mercilon..harap ada jawapan tq
Dija
September 17th, 2012 at 10:39 am
23Dah sethn makan noriday mc xdtg bln,tp yg pelik berat bdan makin jatuh..ada yg ckp x sesuai mkn noriday btl ke?
fid
October 9th, 2012 at 1:54 pm
24pil operancang ni ikut kesesuaian individu juga
better consult dgn pakar
sarah
October 25th, 2012 at 3:05 pm
25sy ada ambil noriday dlm 1bln je slps umur anak 2bln tp slps behenti, haid x dtg2 lagi, pregnant test dah buat tp negatif, mcm mane ye adakah sy mengandung
Fid
November 17th, 2012 at 10:30 am
26kena jumpa doktor kalau gitu
Comments RSS
TrackBack Identifier URI
CARI maklumat@yuitsumuni
Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.
RSS
Search@yuitsumuni.com
I’m on twitter
Comments
Recent Posts
Categories
Archives
Spam Blocked
Nuffnang Ads
MyPersonalBlog
I Am…
Mom’s
Entries (RSS) and Comments (RSS).
Copyright 2007 © *Sweetstory*: Breastfeeding&Parenting Tips © • Colon Cleanse navarre rentals Auto Loans Online • Brought by Free Wordpress Themes