Aku nekad

Anakku akan kususukan dengan susu ibu sehingga aku menemui susu yang sesuai untuknya..

hahaha

apabila diingat balik rasa macam nak hentuk kepala ke dinding batu

Itulah jadinya apabila beranak tetapi tidak cukup pengetahuan!

Makin kuusaha memikirkan ‘what is the best milk’ aku dapati susuku makin membuak-buak…Haruskah??haruskah aku menyusukan anakku dengan susuku sahaja?nanti dah kerja macam mana?

perah?yaa perah…tapi macam mana??

Hari kelapan kelahirannya ke dunia…dari berat 4.41kg, dia sudah menjadi 4.7kg…

ohh oh…satu perkembangan menarik…

Hari ke-40 kelahiran…kami suami isteri dikejutkan dengan satu kenyataan..anak kami sudah seberat 6.3kg!!!

Anak ini membesar hanya dengan susu ibu!Adakah dia perlukan susu lain???

Saat itu aku mula mencari info mengenai cara mengendali susu perahan.

Dari bahasa melayu..bahasa inggeris bahasa jepun semua kubaca…..

Namun..aku belum cukup yakin..aku perlukan sokongan dan jaminan…Jaminan susuku CUKUP untuk anakku..

Aku tidak membuat stok susu perahan untuk anakku..hinggalah 2 hari sebelum aku mula bekerja.

dengan menggunkan pam Pureen battery operated aku berjaya mengumpul 8 botol susu perahan.

Hari pertama masuk kerja, aku berjaya memerah 10 botol susu..

Hati masih sangsi

Haruskah aku teruskan?

Tapi susu banyak SANGAT nih!

Aku mula giat menelaah bab pengurusan susu badan.

Dan akhirnya aku menetapkan satu keputusan…aku akan teruskan menyusu anak aku sehingga titisan susu terakhir yang dia sudi teguk!

Dari pam battery operated yang menyakitkan itu aku telah mengeluarkan wang sebanyak RM219 untuk membeli pam susu Avent ISIS manualku yang pertama.

Apabila pam baru itu kumilikki…aku makin ghairah mengumpul stok susu perahan….

sehinggakan telah menyebabkan kami terpaksa mengeluarkan wang membeli peti sejuk baru..Ya bonus 2005!Pada hari syarikat membayar bonus itu kami membeli sebuah peti ais baru…aku yang dapat bonus tetapi suamiku yang keluarkan wang dia membeli peti ais…

Dan peti ais itu merupakan barangan elektrik pertama yang kami beli selepas bernikah!

Ya demi nak susukan anak!

Related Posts with Thumbnails