Anakku ditinggalkan di taska ketika berusia 3 bulan setengah…tanggal 5 Januari 2006…
Sebelum itu kami giat mencari taska yang menerima bayi yang hanya minum susu ibu.
Agak susah juga mencarinya.
Ada yang menolak…
Ketika aku sampai ke Taska anakku sekarang..soalan pertamaku adalah
“bolehkah uruskan bayi yang HANYA menyusu susu ibu”
jawapan mereka boleh!
Keesokkannya kami membawa anak kami ke taska untuk sesi suai kenal.
Anakku kelihatan serasi dengan para pengasuh dan keadaan di taska itu.
Apabila anakku mula tinggal di taska…rutin kami pun berubah.
setiap hari pelbagai beg disediakan..
beg anak..beg susu..beg mommy..beg daddy!
Nampak kelam kabut dibuatnya….
Apabila dikenang terasa sangat kelakar..
Namun…setelah berusia 6 bulan lebih anakku kerap sakit.
Setiap bulan kami terpaksa membawanya ke hospital..demam, selsema, admitted..dan sebagainya
Semuanya menggerunkan aku.
Aku mula terusik dengan kata-kata orang..
“anak minum susu ibu pun sakitkah?”
Hati ini amat terguris….
Ada yang salahkan taska..ada yang salahkan susuku…
Tapi atas sokongan rakan-rakan sepejuangan….
kami simpulkan
“anakku bukan anak superman”
Alhamdulillah setelah berusia 2 tahun lebih anakku sudah agak kuat ketahanan badannya.
Jika diingat kembali kisah jatuh sakitnya…
sungguh memenatkan..hehehe
setiap bulan Ramadhan kami ‘berkampung’ di SMC…
Kenduri kendara saudara mara selalunya tidak dihadiri….anak asyik tidak sihat sahaja…balik ke kampung pun jarang-jarang sekali…..
Tiada siapa yang tahu..malahan ada yang ‘mengutuk’ akan tindakan kami yang jarang berhubung dengan saudara mara…bukan apa…
keadaan tidak mengizinkan…
kesempitan dalam pelbagai bentuk
Itulah antara dugaan terhebat buat kami
Sehinggakan saya melabelkan anak saya ‘high maintainance kid’
Mau tidaknya…untuk mandi perlu gunakan mandian khas…losyen khas..semuanya khas!
Mungkin kerana itu juga dia hanya minum ‘susu khas’
Perjalanan hidup ketika anakku tidak berapa sihat itu memang menduga sangat.
hal kerja…Boss asyik komplen aku kerap ambil cuti…apakan daya….
Setelah anak meningkat besar dan menjadi bertambah sihat ini aku mula merasakan ‘kemanisan’ bersusah-susah dahulu!
Betul..anakku bukan anak superman…tetapi dia anak yang unik!
Comments RSS
TrackBack Identifier URI