Anak saya baru berusia 40 hari, dia tak nak bersendirian, kalau saya tidak di sampingnya dia akan menangis dengan kuatnya..bantu la saya..saya stress laaa
Pernah alami situasi ini?
Ketika anak saya kecil dia memang BAIk sama macam sekarang..heheheh
anak saya boleh ditinggalkan sendirian kecuali ketika guruh…tidak menjadi masalah untuk mandi dan melakukan kerja rumah…
Ketika di dalam tempoh berpantang kerja-kerja rumah dilakukan oleh suami saya.Beliau mengemas dan mencuci pakaian..saya hanya mengankat dari ampaian dan melipatnya…Suami saya memasak nasi untuk saya dan jika hendak makan saya masak sendiri makanan yang simple-simple..tapi..saya sebenarnya dah boleh memasak pada hari ke-7 bersalin….paling tepat selepas jahitan diperut dibuka..saya sudah boleh melakukan kerja-kerja rumah yang ringan.
Jika saya memasak dan mendapati tidak larat nak mengemas dapur saya tinggalkan sahaja..apabila suami saya pulang dari bekerja dia yang mengemasnya.
Mungkin ketika itulah anak saya terbiasa ditinggalkan sendirian dan hanya menangis jika hendakkan susu atau sudah kebasahan…
saya ada mendengar beberapa keluhan ibu muda mengenai anak mereka yang langsung tidak boleh ditinggalkan…
susah juga hendak bagi pandangan kerana kita tidak berada di dalam suasana yang sama…
mungkin ketika di awal kelahiran ramai orang mengulitnya maka dia sudah terbiasa dengan diriba…dipeluk serta didukung….
Ohh jangan risau..walaupun dibiarkan sendirian bukannya berjauhan…saya sentiasa meletakkan bayi saya di tempat yang saya dapat melihatnya..
pada pandangan saya untuk menjadikan anak kita boleh sendirian kita kena latih dia…
Comments RSS
TrackBack Identifier URI