Dalam tempoh 4 tahun menyusukan anak ini pelbagai dugaan datang..
antaranya
- anak sakit
- susu merudum
- tiada sokongan di tempat kerja
- waktu kerja yang terlalu sibuk
- masalah kesihatan
- gangguan persekitaran.
yang mana jika disenaraikan akan menyesakkan nafas.
namun kita hanya ada satu pilihan…bersabar dan bertenang jika kita ingin meneruskannya..
kemeruduman kuantiti susu perahan adalah faktor yang paling merunsingkan ibu yang menyusukan anak..
apakah yang boleh kita lakukan jika hasil perahan merudum?
- bertenang..bertenang..bertenang..kerana jika anda runsing susu anda akan makin berkurang….
- Banyakkan sesi memerah susu dan direct feeding..ingat…susu badan bukan kolam takungan tetapi ‘mata air’
- makanlah makanan seimbang
- dapatkan sokongan daripada mereka yang pro-susu ibu.
- boleh juga mengambil makanan supliment
- boleh juga mengambil makanan yang boleh membantu menambah susu badan.
- berdoalah….
Share on Facebook
Comments RSS
TrackBack Identifier URI