17 september 2005 Akif lahir ke dunia melalui ceasarian birth dengan berat kelahiran 4.41kg, 55cm panjang dan 35cm lilitan kepala pada jam 1150am di Selangor Medical Center disambut oleh Dr BK Tan, Dr Ling dan Dr.Suraya

Kerana mommy anak ini tidak pernah tahu mengenai ceasarian birth dan breastfeeding maka dia tidak mahu tahu apa bayi akif minum sepanjang 12jam pertama kelahirannya ke dunia.Mommy tidak menyesal tetapi tidak mahu tahu!

Akifku susukan selepas hampir 12 jam kelahirannya.Anak ini tidak perlu diajar bagaimana menyusu kerana sebaik sahaja nurse meletakkannya didada mommynya dia dengan sendiri membuka mulut dan menghampirkannya ke puting dan menghisap susu.Yang perlu diajar ketika itu adalah mommynya.

Aku diajar cara memastikan bayi latch dengan betul dan sedikit taklimat ringkas tentang penyusuan susu ibu.Mulai saat itu santapan Akif hanyalah daripada badan mommynya.

Hari ketiga selepas bersalin kami masih di SMC kerana mommy belom dibenarkan pulang.Dan pada hari ketiga kelahiran itu aku mula merasakan bengkak susu yang mana itulah titiktolak perjuangan seorang mommy dalam dunia penyusuan susu ibu.

Keesokkan petang kami dibenarkan pulang.Sepatutnya pagi lagi dah boleh balik tapi suamiku yang dedikasi itu telah ke pejabat terlebih dahulu menemui Encik Tham.Maka petanglah jadinya masa pulang ke rumah.Ohhh tidaklah petang sangat,jam 3pm.

Pertama kali pilang ke rumah bersama bayi kecil.Perasaanku yang utama adalah risau.Gundah gulana.Bagaimana akuhendak mencorak anak ini?Apa aku nak beri doa makan?Aku belum cukup ilmu.Ketika anakku tidur malam itu aku menelaah buku panduan penjagaan bayi.Satu ilham tercetus.Aku yakin kini apakah yang terbaik buat anakku.

Bersambung…..