hanya nak tempekkan gambar
indah dunia ini
kucing pun pandai susukan anak
siap boleh tandem nursing
malulah kita manusia jika menidakkannya…
gambar diambil oleh kanak-kanak yang masih minum susu ibu dengan tujuan ‘mencari teman’ yang masih menyusu
Secara logiknya memang haiwan yang menyusukan anak akan menyusukan anak mereka kerana anak itu hanya ada susu ibunya sahaja tak boleh nak beli susu lain di pasaran..kucing tiada pilihan melainkan menyusukan kitten
kita manusia ada pilihan kah??
jika bayi kita diberi hak memilih susu siapakah yang akan mereka pilih???
renungkanlah….
Anak saya kerap sangat menyusu badan kalau ada bersama saya..tak larat saya nak layan…OK ke kalau saya bagi dia pacifier/puting kosong?
kalau ditanya kepada saya…jawapannya…TAK WAJAR…TAK PERLU..TIADA FAEDAH
pacifier/puting kosong bukanlah penyelesaian bagi kes anak kuat ‘bergayut’/mengempeng!
Banyak faktor yang menyebabkan anak kita kuat mengempeng..terutamanya kanak-kanak yang ‘reverse cycling’
Pada pandangan saya….puting kosong/pacifier adalah satu device ‘menipu budak’
apa yang dihisap???KOSONG!kasihan….
Dari sini http://yuitsumuni.com/2008/08/25/tanda-tanya/
Penggunaan pacifier.Perlukah?
Jawapan saya:TIDAK PERLU.Untuk apa?
Penerangan:
Saya memang anti puting tiruan, apatah lagi jika puting kosong!Ada yang kata anak hisap jari, jadi untuk mengelakkan anak hisap jari mereka gantikan dengan pacifier.Tahukah anda anak kita tu dari dalam perut lagi dah hisap jari??Dan lambat laun dia akan berhenti hisap jari juga.Anak saya dulu hisap jari..hisap penumbuk…malahan hisap ibu jari kaki juga!Tapi sekarang tak hisap apa-apa.Kecuali ‘nenen’Kita perlu bimbing mereka.Jika perlu lamakan sikit sesi direct feeding.Skin contact itu penting bagi mengakrabkan lagi ibu dan anak.