1. beritahu anak anda apa yang bakal dia belajar "akif, kita nak gosok gigi ya"
berikan anak anda berus gigi dan ubata gigi(ber’cap)

2. tanya anak anda sama ada dia tahu tak apa yang dia pegang..kalau dia tahu tanya dia , di mana dia lihat dan sispa guna…bagaimana menggunakannya.

3. modelling atau demo cara memberus gigi.Pastikan kita sama level dengan anak.Baru dia nampak apa yang berlaku.

4. Beritahu anak anda yang mulut dia tu ala-ala rumah juga..kena bersihkan selalu.atas bawah depan dan belakang.

5. Ketika menerangkan kepada anak anda tentang mulut dan gigi dan cara memberus pastikan anda tunjuk part tersebut pada diri anda dan minta anak anda tunjuk di dirinya.

6. Umpamakan berus gigi adalah vacumm cleaner yang akan buat mulut dan gigi dia bersih.Ubat gigi adalah pencuci…

7. Tunjukkan cara menggosok..atas bawah..semua

8. Tunjukkan cara meludah. Kanak-kanak suka telan ubat gigi maka tunjukkan dengan betul cara meludah keluar…

9. Beri anak anda mencubanya sendiri. Lebih elok gosok gigi bersama-sama

10. Selepas anak anda berjaya melakukannya, raikan. Puji dia atau berikan dia apa yang dia suka.

 

selamat menggosok gigi!

Related Posts with Thumbnails