apa anak kita makan?

{ Posted on Jan 29 2010 by Fid }

Alhamdulillah sepanjang 46 bulan sejak anak saya mula makan makanan pejal saya sediakan makanannya setiap hari dan bekalkan ke Taska

anda bagaimana?

Bagi saya ibubapa patut tahu apa yang anak kita makan…walaupun saya memang bekalkan makanan untuk anak saya, saya tetap tanya pihak taska apa yang anak saya makan…Anak saya dahulunya amat mudah alah pada makanan..silap makan sakit perut silap makan muntah..silap makan gatal-gatal…Namun hikmah disebalik kejadian…tak ada orang yang berani nak bagi dia makan sewenang-wenangnya..kalau bagi makan pun akan melaporkan….

kopi dan teh tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak..kalau nak juga bagi minum tunggu usia dah lebih 4 tahun

begitu juga dengan minuman berkkarbonat..kaya dengan gula…tak berapa sihat!

Jajan..petang semalam saya berbicara dengan para pengasuh di Taska yang mana mereka meluahkan rasa serabut mereka ada parents yang..

1. bekalkan junk food

2.pesan kalau anak dia tak nak makan jangan bagi makan!

3.ada anak tak nak makan nasi..suka makan pasta tapi parents tak bekalkan..pihak taska ikut menu seminggu sekali akan buat pasta tapi kalau budak nak makan setiap hari kenalah parents sediakan…

Jajan..sebaik-baiknya jangan ajar anak makan makanan ringan nih..sebab banyak bahan perisa dan tidak sihat serta tidak mesra kanak-kanak…..

dengan memakan jajan selera makan anak akan hilang….tak percaya…cuba sendiri..kalau makan banyak sangat jajan kita yang dewasa pun akan hilang selera….

anak yang tak nak makan nasi biasanya minum susu banyak,.apa yang kita boleh buat..kurangkan memberi susu..namun ada parents yang ‘malas’ masak maka mereka lebih suka anak minum susu sahaja

Maka, marilah kita jaga pemakanan anak kita…’

IMG_0041

Related Posts with Thumbnails


4 Responses to “apa anak kita makan?”

  1. btul2..saya adalah menyampah btul dengan mak pemalas takmo sediakan makanan anak..lepas tu salahkan org lain anak die kurus laa ..tak cukup zat la.lempang kang! hahaha eh hari ni asik rase nak lempang orang je.

  2. Farah
    PMS ka??
    lempang lempang lempenggggggggg

    betoooll jangan salahkan org

  3. btl tu farah..ct pon pon sama cm k’fid bawakan bekal tuk bby ke taska..tp kdg2 sian jgk tgk budak2 lain yg mak diorg x bawakkan bekal tu pandang jer ank kita makan..some time ct bwkkan lebih then siap pesan kt pengasuh bg mkn sama2 ngan budak lain…Alhamdulillah bby ct yg baru 11 bulan lg berisi dr bby yg da setahun setengah..berkat air tangan ibu kan..sapa yg tau.

  4. yaa
    masakla masaklah

Post a Comment