Cracked nipple kerap berlaku bagi ibu-ibu yang menyusukan anak…

berikut adalah antara perkara yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan ataupun mengurangkan rasa sakit(jika berlaku)

Sebelum susukan anak atau perah susu, sapukan sedikit susu pada puting,. Ini akan membantu refleks let-down, melembutkan puting susu dan membiarkan bayi anda mengisap lebih lembut dan mudah.

Adakah bayi anda mengisap dengan betul ??- latch yang tidak betul boleh menyebabkan anda nerasa sakit, puting susu kering atau pecah-pecah. Pastikan bayi memasukkan seluruh bahagian aerola ke dalam mulutnya. bukan hanya puting

Biarkan bayi anda mulai menyusu pada payudara yang lebih sakit –bagi membantu anda mngurangkan rasa sakit

Ubah kedudukan bayi anda setiap kali menyusu jangan kekal dalam satu posisi sahaja

Jangan biarkan bayi anda tertidur ketika menyusu ataupun membiarkan dia menggonggong kerana ini boleh menyebabkan luka atau rasa sakit…tambahan pula bayi yang bergigi…

Setaip kali lepas feeding biarkan nipple anda ‘dianginkan’ dan sapu sedikit susu untuk ‘moisteriser’

Jika kes cracked nipple bepathen cream juga berkesan.

Krim ni tidak perlu dicuci jika hendak susukan bayi kerana ia selamat (apa yang ditulis dikotaknya)

elakkan menyabun bahagian puting ketika mandi.Memadai dengan mencucinya dengan air sahaja…