Eh Fid awak perah susu….

Ya…

Ehh jangan perah nanti habis…

saya tersenyum..nak menjawap rasa tidak praktikal pula

Susu badan bukan air tangki…susu badan kita terhasil jika ada permintaan..

Contohnya jika kita tidak memerah pada masa bekerja secara otomatik otak kita mendapat signal ‘susu tudak diperlukan sangat’ maka kelenjar susu akan diarahkan mengurangkan production…

Sama macam kilang kicap..Jika tiada order…pengeluaran akan dikurangkan….

Maka jika kita meransang susu kita..otak akan mendapat isyarat..susu diperlukan dengan banyak dan badan akan mengeluarkan  mengikut permintaan….

Tetapi ada yang tersalah anggap…susu badan dianggap macam air tanki statik…anggaplah susu badan kita macam ‘air mata air’…diceduk-ceduk tidak berkurang..makin diceduk makin bertakung….