Semalam saya ke sebuah pasaraya besar membeli sedikit keperluan rumah…saya agak sesak melihat akan gelagat anak-anak kecil yang dibiarkan berkeliaran tanpa pengawasan…Ada yang sedang ‘mengkudakan’ basikal yang dipamerkan..ada yang bermain ‘aci ligan’ dan macam-macam..sampaikan saya telah tertegur sepasang kanak0kanak yang sedang ‘race basikal’
“sini bukan play area ya…”\
Bagaimana mengajar anak kita agar dia ‘behave’ di pasaraya(di tempat lain pun..tapi mari kita kecilkan skop..pasaraya sahaja)
Melalui pengalaman yang tidak seberapa ini
1. anak hendaklah didedahkan dengan aktiviti membeli barangan rumah/dapur
2. sejak kecil bawa anak anda membeli barangan keperluan harian dan latih dia menyesuaikan diri..ketika shopping tak boleh menangis..tak boleh bermain…..
3. Beritahu anak anda..barang mainan di psaraya BUKAN milik kita tak boleh main..berdosa…Kalau dah beli baru boleh main
4. Ingatkan selalu anak kita akan hal no.3 tu…
5. Jangan ikutkan sangat kehendak anak…
6. Update diri dengan cara menangani tantrums anak..
7. Awasi pergerakkan anak ketika di pasaraya
8. Bertegas
Kita kena tahu..kita ni bukan berhak ke atas barangan di pasaraya itu..Maka kenalah kita menghormati hak orang lain….
Comments RSS
TrackBack Identifier URI