OK
saya nak ulas sikit
8. mesti ada ilmu…terutama masyarakat Melayu ni suka kata menyusu lebih daripada 2 tahun adalah salah..maka anda mesti ada ilmu untuk membuktikan mereka yang salah…
dari entry
Kalau ada yang percaya bahawasanya menyusukan anak lebih daripada 2 tahun adalah dilarang dalam islam…Maaflah ya..SALAH…
Islam tak larang..
cuma disebut 2 tahun untuk menyempurnakan…tapi tak sebut kalau 2 tahun lebih BERDOSA ataupun haram
selagi tiada disebut dengan jelas..maka kita boleh mengamalkannya tanpa was-was….
Kenapa 2 tahun itu bagi menyempurnakan..
manusia memerlukan 2 tahun untuk membentuk sistem tubuh ..otak dan sebagainya untuk sempurna
maka kita kenalah dibina daripada bahan-bahan binaan yang kukuh lagi BERKUALITI tinggi..serta terbaik
susu ibulah yang terbaik…
setelah sempurna…maka kita boleh teruskan dengan yang terbaik itu ataupun bolehlah campur dengan apa yang kita suka asalkan HALAL….
TAPI
orang orang lama selalu kata TAK BOLEH menyusu lebih daripada 2 tahun…jadi bodoh la jadi lembab la dan macam macam fahaman songsang diketengahkan…
Tapi saya DEGIL
saya tetap berkeras…
dan akhirnya saya dapat bukti….bukti bahawasanya ramai orang menyusukan anak lebih daripada 2 tahun dan anak anak cergas..serta bijak…tak bodoh dan lembab…
sekian….
12 Responses
synn
March 16th, 2010 at 12:11 pm
1salam fid..dh lama tk komen sini
skrg sy bfeed anak sy 2thn and 5 bulan..sy terjumpa jugakla org2 yg tk senang dgn apa yg saya buat..alhamdulillah, so far anak sy, ada la progress…idok la lemBxx…
Fid
March 16th, 2010 at 11:17 pm
2synn
yaa tak lemmmbbb..kan kan
ayu
March 26th, 2010 at 11:23 am
3congrats ka fid…
Fid
March 28th, 2010 at 10:04 pm
4ayu
thank youuu
ayu
March 29th, 2010 at 8:58 am
5smlm kan akak, masa akak bf anak akak, membe ayu yg dok sebelah kanan tu (bukan zana tau), tanya kat ayu, eh budak tu bf lg ke..n ayu plak ngan bangganya berkata, ” yup, still bf lg, dah 4 thn lebih dah…” dia pun kagum ngan akak…hehe..
Fid
March 29th, 2010 at 11:18 pm
6dia nak BF sebab dia rasa nak lawna baby baby kakakaa
ISMAZURA AJUI
March 30th, 2010 at 1:01 am
7menyempurnakan penyusuan lengkap mengkut islam yg dimaksudkan sebenarnya kalau tak silap adalah xclusive selama 2 tahun penuh… selepas 2 tahun anak masih boleh meneruskan penyusuan tetapi diberi juga makanan sampingan… sebab tu dlm islam adanya hukum njis muhafafah, iaitu najis ringan (najis kanak2 LELAKI berusia 2thn ke bwh yg HANYA minum susuibu sahaja tanpa makanan lain…
so, pd sy kalau masih menyusukan anak lebih dari 2 tahun tapi disokong dgn pemakanan lain, maka InsyaAllah x de mudaratnya n x lemah pun anak tu nnt… apa2 pun susuibu tu kan rezki direct dari Allah utk anank yg kita x ubah wlpn sedikit, maka kenapa perlu kita pertikaikan… kenapa masih nak juga suapkan ngan susu lain yg dah melalui pelbagai PROSES yg kite sendiri x tahu apa n kebersihannya, kandungan sampingannya dll…
ku kagum dgn mu fid… InsyaAllah kalau ada rezki susu nie terus mengalir x akan ku nafikan hak Ammar… Kalau x de rezki tambah anak lagi, usaha muliamu akan ku turuti manakala klu ada rezki tambah ahli, tandem nursing adalah cita2ku…
Fid
March 30th, 2010 at 10:58 pm
8ajui
insya Allah
jj
December 22nd, 2010 at 8:25 am
9aslm. .. anak lelaki 4 tahun aku bagi susu ibu…AKAn TETapi orang sekeliling aku mengatakan menyusu anak hingga 4 tahun itu bukan minum susu ibu tapi hisap darah ibu.. nanti jadi kepala batu degil… dan paling sedih anak tu leh jadi setan sbab minum darah bukan susu yang keluar dari payudara.
fid
December 22nd, 2010 at 9:49 am
10jj
salam
anak saya menyusu sampai 5 tahun
A;hamdulillah ok..mendengar kata dan sangat berdiplomasi
jadi setan ke jadi insan itu didikan dan ajaran kita
tapi kalau bg mkn benda haram mmg menjadi setan pun kan
susu kita bukan darah
kalau diperah hantar ke lab susu akan kekal susu…mmg asal usul susu pun darahlah juga setelah menjadi susu tak akan jadi susu
nasi dah jadi bubur ..mana boleh bubur kembali ke nasi
anis
November 1st, 2011 at 3:41 pm
11Salam…
Alhamdulillah…satu info yang cukup bermakna. Saya amat bersetuju dengan semua statement akak tentang pendapat menyusukan anak melebihi 2 tahun. Untuk makluman, saya masih menyusukan anak sulung saya yang kini berumur 2 tahun 2 bulan. Awal pagi tadi, semasa berjumpa dengan salah seorang kawan lama, dia menyatakan bahawa tidak elok menyusukan anak melebihi 2 tahun kerana dikhuatiri akan bercampur dengan darah dan menjadikan anak b***h serta l****b. Saya agak terkejut mendengar kata-kata tersebut kerana inilah pertama kali saya mendengar penyataan tersebut. Terus saya meng’google’ untuk mencari kesahihannya. Pada saya, tidak wajar statement tersebut dibuat tanpa disokong oleh kajian yang kukuh. Pun begitu, naluri ibu yang masih baru dalam dunia BF ini ragu-rgau jua bila dihadapkan dengan statement sedemikian. Nasib baik saya menemui blog akak dan saya akan teruskan penyusuan seperti biasa selagi mana anak saya masih ingin menyusu. Untuk makluman, saya juga sedang mengandung anak kedua 13 minggu sekarang namun, saya masih tidak sampai hati untuk mencari helah bagi memberhentikan penyusuan terhadap anak sulung saya. Saya hanya berdoa agar Allah membantu saya proses perceraian susu secara semula jadi sekiranya penyusuan ini mendatangkan kemudaratan kepada kandungan saya.
fid
November 1st, 2011 at 4:09 pm
12anis
insya Allah semuanya OK
Comments RSS
TrackBack Identifier URI
CARI maklumat@yuitsumuni
Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.
RSS
Search@yuitsumuni.com
SWEETSTORY
Follow sweetstory blog
I’m on twitter
Comments
Recent Posts
Categories
Archives
Spam Blocked
Nuffnang Ads
MyPersonalBlog
I Am…
Mom’s
blogger’s
Entries (RSS) and Comments (RSS).
Copyright 2007 © *Sweetstory*: Breastfeeding&Parenting Tips © • Colon Cleanse navarre rentals Auto Loans Online • Brought by Free Wordpress Themes