Salam

Sudah lama rasanya tidak mengarang untuk sweetstory ini….

Saya nak share sedikit pendapat saya yang tidak seberapa ini mengenai Keberkesanan Makanan Penambah Susu Badan”..Milk Booster..

Sejauh manakah ia berkesan?

Adakah semua individu akan mendapat kesan yang sama?

 

Makanan penambah susu itu benar –benar wujudkah?

 

Jika dibaca dalam blog saya ini pun bermacam-macam Tips dan bahan makanan yang dikatakan boleh meningkatkan penghasilan susu badan..

SEbenarnya makanan itukah yang menjadi susu?

Tidakkk

Kita hanya guna zat dan khasiat di dalam makanan itu sahaja…

Ada yang membantu melancarkan proses penghasilan susu dan ada yang membantu meningkatkan penghasilan hormon dan macam macam lagi

 

Ketika kita mengalami masalah susu berkurang…low milk supply kita akan amat teruja jika mendapat tahu ada makanan penambah susu yang boleh kita ambil bagi meningkatkan penghasilan susu kita

Tanpa berfikir panjang kita membelinya….

Kita makan…kita tunggu tunggu dan tunggu

Tiada perubahan…

Kita stress….

Susu makin merudum….

1. makanan penambah susu TIDAK MENJAMIN anda akan tiba tiba mendapat banyak susu..kerana….yang membuat susu adalah badan anda bukan makanan itu

2. susu badan kita ni ‘supply on demand’ kalau banyak demand banyaklah hasilnya..kita lupa…dah ambil makanan penambah susu kita lupa nak susukan anak…nak perah..tiada rangsangan….maka susu kita tidak akan meningkat.

 

ntuk meningkatkan penghasilan susu…rangsangan bayi atau melalui perahan (tangan atau menggunakan breastpump) adalah amat penting

kalau telan berkawah makanan penambah susu tetapi tak rangsang dengan betul..susu tetap tidak akan keluar dengan lancar…..

 

Plihlah cara hidup yang sihat..makan makanan seimbang..elakkan tekanan…berehat dengan cukup…Insya Allah….

 

Maka, jika kita sudah mencuba pelbagai makanan penambah susu tetapi tiada kesannya kaji balik life style kita..

adakah cara sihat atau tidak….

 

Ehh..bukan nak kata jangan ambil makanan penambah susu..ambil jika perlu dan jika mampu tetapi lebihkan kepada usaha memulihkan cara Supply On Demand….Insya Allah…

 

dan kesan Milk Booster ke atas individu adalah berbeza beza….

 

selamat menyusukan anak!