HUKUM SUAMI MINUM SUSU ISTERI
Diambil dari petikan soal jawab agama…
“Hadith tentang meminum susu isteri”Sheikh Yusuf Al-Qaradawi ditanya soalan ini dan beliau berkata:
“Pernah suatu ketika pada zaman sahabat R.A. Salah seorang sahabat R.A melakukan hubungan dgn isterinya, dan semasa melakukan perhubungan beliau telah menghisap payu dara isterinya sehingga susu telah masuk ke dlm perutnya. Oleh kerana itu, beliau telah pergi berjumpa dgn Abu Musa Al-Asha`ari R.A utk bertanyakan hukum tentang ini. Lalu Abu Musa menjawab, “Isteri engkau sudah tidak halal buatmu.”
Selepas itu, lelaki tersebut telah pergi berjumpa dgn Abdullah Ibn Mas’ud R.A utk bertanyakan perkara yang sama dan Ibn Mas’ud mengatakan ia bukanlah menjadi kesalahan. Ibn Mas’ud memberikan hujjah dari hadith yang mana dgn jelas menyatakan bahawa susuan hanyalah terbatas utk 2 tahun pertama kanak-kanak. Lalu Ibn Mas’ud membacakan ayat:
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…”(Surah Al-Baqarah ayat 233)
Ini adalah perintah Allah Ta’ala kpd para ibu yang menyusukan anak sehingga sempurna tempoh itu yakni 2 tahun. Maka selepas tempoh itu (2 tahun), ia tidak tidak dikira. Mendengar hujjah ini, maka Abu Musa R.A berkata: “Jgnlah engkau bertanya aku lagi sekiranya ulama besar ini berbicara.”
Penjelasan selanjutnya ayat al-baqarah:
Berfirman Allah, “Bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…”
Oleh yang demikian, penyusuan menyebabkan pengharaman itu (i.e: haram utk dinikahi) berlaku sblm 2 tahun. Sekiranya bayi menyusu selepas 2 tahun, maka pengharaman itu tidak ada.
Berkata Imam At-Tirmidzi di bawah Bab Penyusuan Menyebabkan Pengharaman Dlm tempoh 2 tahun pertama: Diriwayatkan dari Qutaibah diriwayatkan dari Abu Awanah dari Hisham bin `Urwah dari Fathimah Bint Munzir dari Umm Salamah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“Penyusuan akan menyebabkan HARAM sekiranya ia berlaku menyusu dan sebelum fitam (sblm 2 tahun).”
At-Tirmidzi mengatakan, “Hadith ini hasan sahih dan majority para ahli ilmu dari kalangan para sahabat Rasulullah S.A.W mengamalkan bahawa penyusuan menyebabkan pengharaman sblm tamat tempoh 2 tahun dan penyusuan selepas itu tidak akan menyebabkan pengharaman.” (At-Tirmidzi shj meriwayatkan hadith ini dgn jalur rijal yang memenuhi syarat sahihain)
Kesimpulannya: Tidak mengapa bapa bayi berbuat demikian dan tidak menyebabkan berlaku pengharaman. sukasangat
Wassalam
Rumusan:
Umur yg mempengaruhi susuan ialah (bayi) yg belum mencapai umur dua tahun.
Ini ijma’ sahabat kecuali Aisyah ra. (Imam anNawawi, Syarah Sahih Muslim : 6/214; Imam Ibn Rusyd, Bidayah alMujtahid: 2/36). Madzhab Daudi atau Zahiri mendokong pendapat Aisyah dan diperkuat oleh Imam Ibn Hazm.
Madzhab Hanafi bayi bawah 2 tahun 6 bulan. Maliki pula dua tahun beberapa hari. WA
Kesimpulan: Dengan ini jelas hukum meminum atau terminum susu isteri adalah HARUS
11 Responses
ziela
June 3rd, 2010 at 3:20 pm
1Selamat ni saya ingatkan haram.rupanya tidak kan?
m@ri@
June 3rd, 2010 at 5:36 pm
2pengasuh anak maria mati2 ckp haram..siap die ckp kena cerai kalau dah jd mcm tu..so kire tak haram la ek..thanks for info..
amirah
June 3rd, 2010 at 5:50 pm
3gud info..menarik dan wajar diperbincangkan…salam perkenalan.. : )
Fid
June 4th, 2010 at 4:25 pm
4salam kenal amirah
Fid
June 4th, 2010 at 4:26 pm
5maria
orang selalu ingat gitu hakikatnya tidakkk
Fid
June 4th, 2010 at 4:26 pm
6ziela
hehehhee
kalau haram susah la..kihkihkih
Menarik buat kita! : Yuitsumuni-The Only One
June 5th, 2010 at 11:45 am
7[...] HUKUM SUAMI MINUM SUSU ISTERI [...]
bilakah susu ibu akan jadi haram? : Yuitsumuni-The Only One
June 8th, 2010 at 10:28 am
8[...] HUKUM SUAMI MINUM SUSU ISTERI [...]
syahirah
June 8th, 2011 at 1:44 pm
9oh x haram erk..makcik shirah ckp..
klo minum susu isteri dengan sengaja,suami ur dah mcm anak sndri..
then kena cerai.
huhuhu sbnar nye x…ok)
Fid
June 14th, 2011 at 12:40 pm
10syahirah
tak haram
syarat anak susuan adalah berusia bawah 2 thn
suami minum susu isteri hukumnya harus
elie
January 15th, 2012 at 12:20 pm
11alhamdullilah..x haram..hubungan suami isteri xda masalah lagi lepas ni..yehhaa..
Comments RSS
TrackBack Identifier URI
CARI maklumat@yuitsumuni
Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.
RSS
Search@yuitsumuni.com
SWEETSTORY
Follow sweetstory blog
I’m on twitter
Comments
Recent Posts
Categories
Archives
Spam Blocked
Nuffnang Ads
MyPersonalBlog
I Am…
Mom’s
blogger’s
Entries (RSS) and Comments (RSS).
Copyright 2007 © *Sweetstory*: Breastfeeding&Parenting Tips © • Colon Cleanse navarre rentals Auto Loans Online • Brought by Free Wordpress Themes