saya copy dari forum susuibu.com ya
bukan saya yang tulis tapi saya setuju dengan kak kamariah
komen oleh mama..
untuk thread ni
Saya rasa masih ramai ibu yang masih keliru tentang keperluan pemakanan bayi. Pemikiran dan pandangan masyarakat kita telah terlalu ‘terpesong’ dengan saranan dan iklan yang berleluasa di TV, surat khabar mahupun radio di mana anak ‘sangat perlu minum susu’ dan akan kekurangan zat pula jika tidak mengambilnya.
Ada sebab kenapa anak yang disusui dengan susu ibu tidak gemar mengambil susu formula pada mana-mana peringkat:
1. Pertama rasa susu formula sangat tidak menarik, paling hebat yang dapat diformulasikan oleh syarikat pengeluar susu buatan hanyalah perisa vanila, coklat dan strawberi. Tetapi jika minum susu ibu, si anak dapat merasai pelbagai jenis rasa makanan mengikut apa yang ibu makan.
Oleh itu, moralnya: selepas khatam minum susu ibu, berilah makanan seimbang – bukan susu cap ABC atau XYZ. Ini kerana si anak telah terbiasa dengan pelbagai perisa yang terdapat dalam susu ibu, maka langkah seterusnya adalah eksplorrasi terhadap makanan sebenar tanpa mengecewakan citarasa yang telah terbentuk sejak dari bayi lagi.
2. Kedua, apalah ada pada tekstur susu semata-mata. Apabila anak sudah membesar, mereka perlu diberi peluang untuk merasai tekstur makanan yang berbeza-beza seperti keras, liat, lembut, kenyal dan pelbagai lagi. Tetapi jika mereka hanya dihidangkan susu, susu dan susu sahaja, pasti kebosanan akan melanda anak tersebut. Mereka perlu rasa bahawa daging itu liat, sayur perlu dikunyah perlahan-lahan, sup boleh dihirup, nasi boleh dimamah. Tidak seperti susu yang hanya dihisap dari botol sahaja.
3. Ketiga, warna pada susu amat membosankan. Paling hebat warna yang boleh dicampur adukkan dalam susu formula adalah warna putih, merah jambu atau coklat. Tetapi jika anak diberi peluang untuk mengenali makanan sebenar, mereka mengenal warna yang pelbagai lagi, kuning, jingga, hijau, ungu, merah, dan macam-macam lagi.
Ada banyak lagi sebab-sebab lain yang boleh difikirkan. Apa yang penting dan harus difahami oleh setiap ibu, tabii untuk seorang bayi adalah untuk minum susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama. Tetapi sebaik umur anak mencukupi 6 bulan, bayi tersebut perlu diberi pendedahan terhadap pemakanan pejal yang seimbang sebagai pelengkap. Keutamaan pada peringkat umur 6 hingga 12 bulan adalah susu ibu kemudian makanan.
Tetapi apabila anak sudah menjangkau usia setahun, keutamaan harus diberikan kepada makanan pejal dan pelengkapnya adalah susu ibu.
Yang lengkap itu adalah pemakanan seimbang, bukan sekadar formula yang seimbang yang dilabelkan pada tin-tin yang berkilat lagi berwarna keemasan di pasaraya tempatan kerana ertikata sebenar lengkap itu adalah lebih meluas lagi mencakupi aspek pembelajaran dan eksplorasi anak sepanjang proses mengenali makanan tersebut.
Manusia ditakdirkan untuk membesar dengan pemakanan yang seimbang, bukan untuk bergantung dengan hanya minum susu sepanjang hayat.
Nasihat saya, apabila melihat iklan dikaca TV atau mendengar iklan di corong radio, nilaikan maksud tersirat lagi tersurat disebalik dakyah yang disebarkan. Jangan cepat terpengaruh!
Perkara ini akan saya kupas lanjut di dalam Majalah Pa&Ma pada bulan Ogos ini. Sila dapatkan naskah anda masing-masing.
18 Responses
eray
June 25th, 2010 at 11:30 am
1info yang sangat bagus!! clap2x..
sbb eray ade tnye dgn kawan yang susukan anak hingga 2 tahun
still bg anak susu ke?
die jawab bagi, tp bukan susu ibu dh…bg susu tin
so kekeliruan & kekusutan saya dah selesai
pas2 kak fid, nk tnye..?? adakah sama consumption susu ibu antara bb girl & bb boy?
dh puas gugel, tp x jumpe jawapan yang tepat. thanks.
amirah
June 25th, 2010 at 11:57 am
2bagusnya entri akak ni..ada kawan saya yg sgt terpengaruh dgn iklan kat Tv..sian dorang lagi kesian anak dorang..saya tk mampu nak convince dorang..tp saya tetap nasihatkan susu ibu terbaik tapi lepas tu jgn terus bagi nestum..kena pelbagaikan makanan..susah kan kita nak ubah pemikiran org..saya dulu pun sebelum ada anak ingatkan susu formula la terbaik sbb kakak2 saya bagi pd anak2 buah..syukurnya saya..!!
siti
June 25th, 2010 at 12:22 pm
3tapi sy tak brape stuju.
sbb sy ada kwn, dia bfeed 3 org anak sekali. dan dia langsung tak minum susu / amik calsium tablet ke as supplement. sudahnya. hilang gigi dia. tp takpela, dia tak kisah sbb dia suri rumah kot.
but still, i can not accept that situation. so as for me, i regularly take milk becos, i’m breastfeeding. for me, human need calcium for their bones. like 50years and above need to drink up anlene on their daily basis.
so, from choosing on milk / calsium tablet, of course i would go for milk…
and i think the same as for my kids. after 2 years, i’m planning to give him normal milk.
if u cud share with me, on wht other source i cud give him calsium, maybe i will reconsider. because giving milk to ur child, not just for the protein, dha, and what not. as a mum, i’m looking at calsium as the milk main content.
IbuAzroy
June 25th, 2010 at 12:30 pm
4Salam.
Jemput singgah ke blog saya. Nak mintak sokongan, pendapat sikit.
thanks
http://ibuazroy.blogspot.com
my_aqeelah
June 25th, 2010 at 12:37 pm
5salam kak fid.
my fren’s son dah 1tahun. memang pemakan, tp weight dia tak berapa naik. mak nya memang bf kan since lahir. tp bila dah naik 1 thn ni si anak dah mula makan (not picky eater) dan susu mak nya dah berkurang. doc suruh paksa bg susu, eventho anak tu mmg reject other milk than bm. kononnya perkembangan anak terganggu sebab kurang susu jd bila dh kurang bm dia suruh top up ngan fm. sy dh nasihat agar dia ignorekan aje doc tu, tapi tu la dia asyik tanya tak pe ke budak 1 tahun tak minum susu? dr apa yg sy surf, sy simpulkan susu tak penting. asalkan budak tu cukup makan, zat dan segala vitamin. since artikel kak fid ni ckp pasal age 2yrs and above so tak bley lah saya nk citer pjg2 kat die tp sy copy & paste dlm email kepada dia. bley kak fid bg sikit nasihat? tia.
my_aqeelah
June 25th, 2010 at 12:42 pm
6p/s tambahan…byk lagi source calcium yang lain selain dari susu. betul kan kak fid?
Fid
June 25th, 2010 at 7:05 pm
7eray
tak kisah nak bagi susu apa
tapi kalau anak tak nak takyah paksa
sebab tu saya suggest bg susu segar….
kadar pengambilan susu bayi boy ke girl ke depend kpd keperluan bayi tu tak ada bukti kukuh pun kata boys need more
tunggu kak fid pi course pemakanan dulu na nanti jwp balik
Fid
June 25th, 2010 at 7:06 pm
8amirah
ni bukan kak fid tulis ni hasil komen tuan punya susuibu.com puan kamariah…
bagi susu apa kepada anak itu hak ibubapanya…walaupun dia ada hak nak dpt yang terbaik
Fid
June 25th, 2010 at 7:13 pm
9siti
ibu yang menyusukan memang memerlukan kalsium untuk badan ibu dan untuk menghasilkan susu
kalau kawan you tak minum susu atau tak ambil makanan sumber kalsium ..untuk menhasilkan susu…sistem tubuh akan ambil semua keperluan kalsium untuk buat susu maka memang boleh terjadi dia akan tak cukup kalsium…hilang gigi dan macam macam lagi
ok
untuk memberikan anak susu atau tidak sebenarnya bergantung keppada selera anak tu juga
kalau anak tak nak susu tin kita tak boleh paksa kita boleh bagi dia pilihan susu segar di pasaran..susu segar hasil daripada lembu tu kalau nak bagi kat budak atas setahun dah boleh….
kalau bagi anak yang ok..suka saja bagi susu tin ka susu segar ka…itu ok saja..bagi saja..
ini bagi kes yg ibu dilema anak tak nak susu tin ya
susu formula tu bukannya pilihan utama banyak lagi..susu segar susu kultur
itu yang cuba disampaikan
bukannya nak kata TAK perlu susu
dan susu memang kaya kalsium namun ada makanan lain juga yang bekalkan kalsium
sila rujuk entry saya yang sebelum ini
http://sweetstory.yuitsumuni.com/2009/07/sumber-makanan-kaya-kalsium/
http://yuitsumuni.com/2008/02/26/makanan-sumber-kalsium/
http://sweetstory.yuitsumuni.com/2010/04/berkualitikah-susu-si-ibu-yang-tidak-minum-susu/
saya sendiri pun memang dok ingat susulah utama..memanglah kaya kalsium namun juka tak boleh nak cross tekak nak buat macam mana…in fact saya membesar tanpa minum susu sangat pun
menyusu ibu selama 2 tahun 3 bulan then makan macam biasa
banyak makan sayuran hijau la
orang susah…selepas mak stop susukan saya tak mampu nak spend duit untuk susu
Alhamdulillah meical check up saya setiap tahun menunjukkan saya cukup kalsium
sekarang ni saya tak minum susu sangat
tapi kuat makan cheesee
Fid
June 25th, 2010 at 7:14 pm
10ibuazroy
ok
Fid
June 25th, 2010 at 7:16 pm
11my aqeelah
budak bawah 2 tahun perlukan susu
sebab depa nak kalsium banyak untuk membesar
sebab tu Allah syorkan kita susukan anak sampai 2 tahun untuk menyempurnakan
kalau bagi susu segar pun tak nak ke?
anak low weight banyak faktornya
faktor keturunan
faktor pemakanan..makan banyak tapi tak berkhasiat ka..mana kita tau
faktor metabolisme tubuh
dan banyak lagi
antara yang boleh kita buat untuk kenal pasti boleh bawa anak jumpa pakar
Fid
June 25th, 2010 at 7:17 pm
12my aqeelah
betul tu
kak fid pun dah buat entry tu hahahahaha
ely
June 25th, 2010 at 11:42 pm
13setuju gak.
sami dgn sendirinye cakap ‘tak sedap’ bila sua fm, konon nk continue fm la hampeh dia kata ‘tak sedap’ papi dia lagik suka xyah beli bazir duit hihihihi..
now sami tgh explore perisa ‘pedas’, dia asik komplen pedas tp dia suka nmpak sgt mulut jawa hihi
min
June 28th, 2010 at 9:15 am
14setuju…
rasanya iklan FM tu over sgt la..
ibu bapa leh terpengaruh..mcm susu tu perkara wajib…kene minum susu n susu jadi sumber mknan utama pada kanak2..(bukan pelangkap) ..pulak tu mcm2 cara iklannya utk tarik perhatian anak2 n ibu bapa..
sokong susu ibu di beri pendedahan yang lebih pada umum..ramai yang telah salah faham tentang susu ibu..dan konsep minum susu tu sendiri..susu makanan utama bayi 12 bulan ke bawah…bayi 12 bulan ke atas patut diberi peluang utk makananan pejal dan susu sekadar pelengkap..
hidup susu ibu..
bilakah kanak-kanak perlu berhenti minum susu?
December 15th, 2010 at 7:03 pm
15[...] perlukah susu lain selepas minum susu ibu selama 2 tahun [...]
Ida
May 10th, 2011 at 4:23 pm
16Saya adalah breastfeeding mom kpd bayi yang berusia 18 bulan. Susu adalah keperluan penting bagi manusia dimana kita mendapat sumber kalsium darinya untuk pembentukan tulang dan gigi. Saya amat mementingkan pengambilan susu bg anak saya disamping permakanan pejal yg seimbang sayur, buah, daging, nasi, gandum. Bagi saya anak-anak harus di latih untuk mula gemarkan susu sedari awal lagi. Sekurang2nya segelas sehari untuk pembinaan tulang yang kuat supaya masalah tulang rapuh, gigi reput dapat dikurangkan kelak. Soal pemberian susu formula kepada anak2 bukan soal terpengaruh dgn iklan. Pemberian susu formula berpandukan label adalah naluri seorang ibu yang ingin kan anaknya mendapat setiap kebaikan dr makanan/minuman yg diberikan. Saya sekarang sedang giat memperkenalkan susu formula kepada anak selain menyusu ibu. Ini kerana saya ada merujuk di dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah (x ingat ayat no.apa) tentang penyusuan. Dimana ada ada yang menyebut supaya kita menyusukan bayi kita sehingga genap umurnya 2 tahun.
fid
May 10th, 2011 at 4:32 pm
17ida
pilihan dan cara memberi anak makan adalah pilihan ibu itu sendiri
apa yang puan percaya itu adalah cara puan
dan mengenai penyusuan susu ibu setelaha nak berusia 2 tahun
kita memang digalakkan menyusu sehingga 2 tahun bagi MENYEMPURNAKAN penyusuan, nak berhenti awal atau nak teruskan selepas itu pun tiada masalah.penyusuan susu ibu 2 tahun bukanlah wajib.
selagi penyusuan itu tidak memudaratkan mana2 pihak kita bebas melakukan dan kita juga harus mengambil kira kesediaan anak dan ibu untuk menceraikan susu badan sepenuhnya…emosi anak adalah faktor yg perlu diambil kira
jika penyusuan itu memudaratkan eloklah dihentikan
jika ada kelapangan jemput baca
http://sweetstory.yuitsumuni.com/2007/10/hukum-menyusukan-anak-lebih-dari-2-tahun/
bg mengajar anak/,elatih anak minum susu itu juga berhgantung kepada kreativiti si ibu…setiap ibu berbeda setiap anak juga berbeda….
contohnya saya..saya tidak memaksa anak saya minum susu setelah bercerai susu ibu namun anak saya memang tahu apa yg hendak dimakan dan diminum kerana sejak dari bayi lagi dia telah dididik untuk mengenal makananan minuman dan keperluannya…
min
May 23rd, 2011 at 8:53 am
18perlu dapat sumber kalsium tp tidak semestinya dari susu semata-mata..
sama ada ibubapanya rajin ke tak n pandai ke tak utk menarik minat anak2 mkn..
sesetengah ibubapa malas nak masak2 ni..n ikut je kehendak anak2..tu yg jadi bergantung pada susu je..
sepatutnya ibubapa yg menentukan apa yg perlu utk anak2 pada masa kecik ni..n bile dah besar dia akan terikut dgn cara yg kite dah ajar n amalkan sejak dia kecik lagi..
Comments RSS
TrackBack Identifier URI
CARI maklumat@yuitsumuni
Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.
RSS
Search@yuitsumuni.com
SWEETSTORY
Follow sweetstory blog
I’m on twitter
Comments
Recent Posts
Categories
Archives
Spam Blocked
Nuffnang Ads
MyPersonalBlog
I Am…
Mom’s
blogger’s
Entries (RSS) and Comments (RSS).
Copyright 2007 © *Sweetstory*: Breastfeeding&Parenting Tips © • Colon Cleanse navarre rentals Auto Loans Online • Brought by Free Wordpress Themes