target nak menyusu anak 2 tahun tetapi tak kesampaian..

Aatara sebab anda terpaksa hentikan penyusuan kerana:

1. anak reject breastfeeding dengan sendiri

Ada budak yang dengan sendirinya berhentii menyusu…apa kita boleh buat?itu pilihan dia?

jika usianya bawah 1 tahun boleh gantikan dengan artificial breastmilk

jika sudah satu tahun lebih…memberi susu segar yang ada di pasaran sudah memadai dengan syarat anak makan dengan diet yang seimbang…

benar kita boleh berusaha agar anak kembali minum suus ibu namun jika menemui jalan buntu redhalah…

2. hamil lagi dan tidak berdaya meneruskan penyusuan anak yang sedang di susukan

Menyusukan anak ketika hamil memang boleh..tetapi jika si ibu tidak berdaya..rasa stress rasa tak suka….eloklah dihentikan…dengan rela

jika dipaksa pun memudaratkan…

boleh beri anak susu lain atau cari ibu susuan….

si ibu usahlah rasa bersa;ah..itu di luar kemampuan kita..redha..insya Allah ada jalan untuk kita

dah bersalin nanti susukan kembali anak dengan susu ibu

3. masalah kesihatan..perlukan rawatan

Masalah kesihatan..jika si ibu ada masalah kesihatan dan menjalani rawatan yang tidak membolehkan si ibu menyusukan anak..maka ikutlah nasihat doktor anda.

kerana doktor yang merawat anda tahu tahap kemampuan anda

setiap dugaan pasti ada hikmahnya

Kerap kali saya jumpaibu yang sangat sangat sedih kerana tidak mampu meneruskan penyusuan anak dengan 3 alasan di atas…

bersabarlah….

Pasti ada hikmahnya

baca juga entry ini

Related Posts with Thumbnails