Benarkah jika ibu kepenatan susu tidak ada/tidak keluar/berkurangan…
Pada pandangan saya yang tak seberapa ini…
Faktor penat memang memberi kesan kepada emosi ibu dan seterusnya hormon yang dirembeskan serta penghasilan susu.
Namun tidak smeua ibu akan mengalami kesan yang sama
contohnya emak saya..
ketika kami kecil dulu emak kami penoreh getah…pesawah.
kerja yang memang memenatkan namun kami tetap boleh menyusu tanpa kebuliuran atau kelaparan….
mungkin kerana walaupun penat emosinya tenang
Namun bagi kes ibu kepenatan dan emosi terganggu…
bekerja seharian di pejabat, kemudia di rumah perlu menguruskan hal rumah tangga dan sebagainya, emosinya pasti tidak stabil..
maka logiklah jika penghasilan susunya terbantut atau berkurangan….
Oleh sebab itulah kita selalu mewar-warkan SOKONGAN..
sokongan daripada suami dan keluarga seterusnya rakan rakan yang lain
Suami merupakan individu yang plaing besar pengaruhnya dalam hidup seorang isteri
jika suami menyokong maka si isteri pasti lebih kuat dan tabah….
Dalam hal menghilangkan penat si isteri ini..apa kata si suami membantu selesaikan hal rumahtangga ketika isteri masih dalam tempoh menyusukan anak
ala bukan lama pun 2 tahun saja…
Namun jika suami tidak dapat memberi kerjasama si isteri kenalah berganda tabahkan diri
hubungi Peer Counselor untuk mendapatkan sokongan..paling tidak mendengar keluh kesah anda..
jangan dipendam kelak merebak.
OK?
happy breastfeeding!
“Tolong..misi kata anak saya under weight..tersangat kurus…dia suruh bagi minum susu lain..dia kata susu saya tak berkualiti”
Adakah anda pernah dibelenggu hal ini??
Apa anda lakukan?
OK..mari saya share sedikit setakat apa yang saya tahu jika anda dinasihati memberikan anak anda suus lains edangkan anda ingin menyusukan anak anda dengan susuibu selama yang mungkin….
check keadaan anak anda..adakah dia sihat?cergas?aktif?Tumbesarannya sama seperti rakan seusia?ala setakat usia 14 bulan tak boleh berjalan lagi tu rileks laaaa…..OK tak??kalau semua OK….Insya Allah anak anda OK…Namun pihak ‘misi’ tetap akan nasihatkan anda tambahkan berat badan anak anda….
kita kena tahu ya..anak yang minum susu ibu membesar dengan ideal..dia tidak akan mengikut mana mana carta tumbesaran yang wujud di dunia ini kecuali mungkin menyerupai sahaja.
Ingat manusia berbeza….
OK…
jika anda dinasihati oleh misi agar memberi susu lain sila minta dia rujukkan anak anda kepada doktor…
dan jika doktor juga menasihati anda berikan anak anda susu lain…sila dapatkan OPINION lain..jumpa doktor lain yang probreastfeeding….
Jika ada pihak doktor atau misi hospital kerajaan mahupun swasta yang memberikan anak anda sample susu…(bagi anak yang berusia bawah 3 tahun) dan menyatakan susu yang diberi sample itu LEBIH baik daripada susu ibu maka sila buat laporan bertulis ke kemnterian kesihatan ataupun sila hubungi mana mana LC/PC untuk mendapatkan pandangan…
adakah benar susu ibu sudah tidak berkualii selepas 1-2 tahun???
MASIH BERKUALITI
namun anak kita sudah memerlukan lebih daripada itu maka berikan dia makanan seperti insan lain dan dilengkapkan dengan susu ibu….
lupa pula nak taip..
jika sudah bertemu doktor 2-3 orang smeua kata anak anda perlu diberi susu lain juga..kerana beberapa alasan yang diberi
maka akurlah..namun tak perlu berhenti berikan susu ibu tambahkan sahaja dengan apa yang dicadangkan/disyorkan…