Profesional Kesihatan serta Anggota Kesihatan hendaklah:
5.1 menggalakkan serta menyokong semua ibu supaya menyusukan bayi mereka dengan
susu ibu sahaja selama 6 bulan pertama selepas kelahiran bayi, dan meneruskan
penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun, di samping memberi makanan pelengkap.

5.2 mengesyorkan supaya persediaan untuk menyusu dengan susu ibu bermula sewaktu
hamil dan pengurusan penyusuan susu ibu dimulakan sebaik sahaja selepas bersalin.

5.3 akur dan mematuhi Tata Etika ini, serta etika profesional dan peraturan kelakuan yang
ditetapkan dalam semua hubungan dengan pengilang dan pengedar.

5.4 tidak menerima sebarang produk tersenarai, penajaan atau insentif dalam bentuk tunai
atau barangan daripada pengilang dan pengedar.

5.5 tidak meminta mahupun menerima sampel, pemberian cenderahati ataupun bekalan
produk tersenarai untuk diri sendiri ataupun untuk pengedaran semula kepada
wanita hamil, ibubapa bayi dan kanak-kanak kecil dan ahli keluarga mereka. Walau
bagaimanapun, penerimaan produk-produk tersenarai oleh profesional kesihatan untuk
tujuan penyelidikan adalah dibenarkan, tertakluk kepada kelulusan jawatankuasa
penyelidikan tertentu.

5.6 tidak membeli produk tersenarai pada harga di bawah 80% daripada harga pasaran
yang disyorkan.

5.7 tidak menerima sebarang bahan pendidikan atau promosi yang berkaitan dengan
penjagaan ibu dan anak termasuk, di antara yang lain, buku rekod bayi, carta
pertumbuhan, kalendar, alatulis, peralatan penjagaan kesihatan dan sebarang jenis
pemberian percuma lain bagi tujuan mempromosikan produk tersenarai. Ini termasuk
bahan-bahan untuk kegunaan di dalam ataupun di luar sistem penjagaan kesihatan,
pengedaran semula kepada wanita hamil, ibubapa kepada bayi dan kanak-kanak
dan ahli keluarga lain. Profesional kesihatan boleh menerima maklumat saintifik yang
telah ditapis yang berkaitan dengan produk tersenarai. Anggota kesihatan hanya
boleh menerima maklumat tersebut melalui profesional kesihatan atau dalam konteks
mesyuarat saintifik.

5.8 memastikan bahawa kakitangan syarikat tidak mempunyai hubungan secara langsung
atau tidak langsung dengan wanita hamil, ibubapa kepada bayi dan kanak-kanak kecil
dan ahli keluarga mereka bagi tujuan mempromosikan produk-produk tersenarai.

5.9 memastikan bahawa kakitangan syarikat tidak mendapatkan secara langsung atau
tidak, sebarang maklumat peribadi bayi dan kanak-kanak kecil, wanita hamil dan
ibubapa bayi dan kanak-kanak kecil dari sebarang sumber bagi tujuan mempromosikan
produk-produk tersenarai.

5.10 memastikan bahawa semua produk tersenarai yang terdapat dalam sistem penjagaan
kesihatan disembunyikan daripada penglihatan awam.

5.11 tidak memberikan keutamaan kepada mana-mana produk atau syarikat.

5.12 memberi segala arahan yang perlu mengenai penggunaan secara selamat dan betul
produk-produk tersenarai kepada ibu-ibu yang tidak berupaya atau memilih untuk tidak
menyusu dengan susu ibu. Nasihat sedemikian hendaklah diberikan secara individu
jauh dari khalayak ramai dan hendaklah termasuk penerangan yang jelas mengenai
kesan penggunaan produk-produk tersenarai secara tidak betul, implikasi kewangan
serta kesan negatif akibat penggunaan puting kosong (pacifier) ke atas bayi.

5.13 tidak mengambil bahagian dalam apa jua cara sekalipun dalam mana-mana aktiviti
yang melibatkan promosi produk-produk tersenarai.

5.14 melaporkan kepada Jawatankuasa Disiplin Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi
dan Produk Berkaitan segala bentuk perlanggaran Tata Etika ini di dalam sistem
penjagaan kesihatan, termasuk premis yang tergolong di bawah Akta Kemudahan Dan
Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta, 1998 dan pusat-pusat jualan

 

ada tak yang dilanggar?jika ada sila buat laporan…..