Pengilang dan Pengedar Produk Tersenarai hendaklah:
4.1 akur dan mematuhi Tata Etika ini dan berpegang kepada etika profesional dan pemasaran
serta peraturan tingkah laku yang ditetapkan berkaitan semua urusan di dalam sistem
penjagaan kesihatan, pusat jualan, pusat jagaan kanak-kanak dan komuniti.

4.2 memastikan supaya kakitangan syarikat yang

4.3 tidak memasarkan, menggalakkan atau mengiklankan produk-produk tersenarai dalam
cara yang boleh:
a. mencabar atau memperkecilkan keunggulan atau kelebihan susu ibu.
b. bersaing dengan apa jua cara dengan susu ibu.

4.4 tidak memberikan sampel, bekalan atau cenderahati berupa produk-produk tersenarai.
Walau bagaimanapun, sampel produk tersenarai boleh diberikan kepada profesional
kesihatan untuk tujuan menjalankan penyelidikan, dengan kelulusan jawatankuasa
penyelidikan yang berkaitan.. Penglibatan pengilang dan pengedar dalam sesuatu
penyelidikan perlu diisytiharkan.

4.5 tidak memberikan sebarang bahan pendidikan atau promosi berkaitan penjagaan ibu
dan anak serta pemakanan bayi dan kanak-kanak kecil bagi tujuan mempromosikan
produk-produk tersenarai. Ini termasuk, di antara yang lain, buku rekod bayi, carta
pertumbuhan, kalendar, alatulis, alat penjagaan kesihatan dan pemberian dalam bentuk
lain kepada profesional kesihatan, anggota kesihatan, ibu hamil, ibubapa kepada bayi
dan kanak-kanak kecil serta ahli keluarga yang lain untuk tujuan mempromosikan produk
tersenarai. Bersandar kepada Artikel 6, bahan-bahan saintifik dan faktual berkaitan
produk-produk tersenarai boleh diberikan kepada profesional kesihatan.

4.6 tidak mengiklankan atau mempromosikan produk-produk tersenarai di dalam sistem
penjagaan kesihatan, pusat jagaan kanak-kanak, pusat jualan serta media massa.

4.7 tidak mendermakan produk-produk tersenarai kecuali kepada badan-badan amal
(contoh: rumah anak yatim) dan dalam keadaan krisis, kecemasan serta bencana
alam. Penderma hendaklah memastikan bahawa bekalan diteruskan selagi bayi
memerlukannya. Penderma juga hendaklah mendapatkan maklumat mengenai
keadaan sanitasi serta kebersihan kawasan di mana penerima derma bermastautin
sebelum menghulurkan derma.

4.8 tidak membekalkan produk tersenarai pada harga di bawah 80% daripada harga
pasaran yang disyorkan kepada profesional kesihatan anggota kesihatan dan sistem
penjagaan kesihatan.

4.9 tidak menjalankan sebarang aktiviti yang melibatkan bayi dan kanak-kanak kecil, wanita
hamil dan ibu kepada bayi atau kanak-kanak kecil bagi tujuan mempromosikan produk
tersenarai.

4.10 tidak terlibat dalam pertunjukan bayi ( bagi bayi berumur 0-36 bulan) dalam apa jua cara
sekalipun.

4.11 memastikan bahawa ganjaran kakitangan syarikat adalah tetap dan dikawal, dan tidak
berkaitan sama sekali dengan jualan produk-produk tersenarai.

4.12 tidak memberikan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, sebarang insentif
dalam bentuk tunai atau barangan kepada profesional dan anggota kesihatan, pusat
jualan dan pusat jagaan kanak-kanak bagi tujuan mempromosi produk tersenarai

4.13 tidak mendapatkan, secara langsung atau tidak, maklumat peribadi bayi dan kanakkanak
kecil, wanita hamil serta ibu–ibu kepada bayi dan kanak-kanak kecil dari sebarang
sumber bagi tujuan mempromosikan produk-produk tersenarai.

4.14 tidak membenarkan kakitangan syarikat :
a. berhubung , sama ada secara langsung atau tidak, dengan wanita hamil, ibubapa
kepada bayi dan kanak-kanak kecil, ahli-ahli keluarga mereka serta pengasuh
kanak-kanak bagi tujuan mempromosikan produk-produk tersenarai.
b. menjalankan aktiviti pendidikan yang berkaitan dengan pemakanan bayi.
c. menjalankan aktiviti promosi yang berkaitan dengan produk-produk tersenarai di
pusat jagaan kanak-kanak.
Pengilang dan pengedar produk boleh dibenarkan menjawab pertanyaan serta
melakukan penyiasatan ke atas aduan-aduan terperinci mengenai penggunaan produkproduk
keluaran mereka.

4.15 tidak membenarkan kakitangan syarikat memakai pakaian seragam yang serupa
dengan profesional atau anggota kesihatan, kecuali di premis syarikat tersebut

4.16 tidak mempamerkan produk-produk tersenarai di majlis–majlis umum termasuk
pertunjukan perdagangan, persidangan, seminar, pameran atau forum lain yang
seumpamanya.

4.17 tidak memberi sebarang perkhidmatan keibuan secara langsung atau tidak langsung,
bagi tujuan mempromosi produk-produk tersenarai.