diambil dari forum susuibu.com
1. Dalam hadis riwayat al-Tirmizi bermaksud: Telah diturunkan pada al-Quran sepuluh kali penyusuan, kemudian dinasakhkan yang demikian itu lima kali penyusuan yang maklum.
Rujukan: Ayu Aima Yusuf (2002). Hukum Penyusuan. Penyusuan Susu Ibu Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, hlm 53-54.
2. Isu tentang bank susu (susu yang tidak diketahui personaliti ibu sebenar yang menyumbang susu – Bank Susu
JADI BAGAIMANA PULA DENGAN HUBUNGAN MAHRAM DI ANTARA SAUDARA SUSUAN BAGI YANG MENGGUNAKAN SUSU DARI BANK SUSU?
Bagi Dr Yusuf Al-Qaradawi, beliau mengambil hujjah dari Surah An-Nisa’ ayat 23 :
????????? ?????????? ?????????????? ????????????? ??????????????? ?????????????? ?????????????? ????????? ?????? ????????? ???????? ???????????????? ????????? ?????????????? ?????????????? ????? ????????????
Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan saudara-saudara bapa kamu dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu …
Beliau menyatakan bahawa penyusuan yang melahirkan hukum haram perkahwinan dan lain-lainnya merujuk kepada perkataaan rada’ah yang bermaksud penyusuan menerusi puting ibu ke mulut sesorang bayi , sambutan bayi berkenaan terhadap penyusuan itu dan pergantungannya dengan si ibu yang menampilkan suasana mesra dan manja di antara kedua-duanya.
Justeru, ada 3 perkara asas untuk hukum rada’ah ini :
1. ibu tertentu untuk memberi penyusuan itu
2. hisapan bayi pada puting ibu berkenaan
3. kedudukan bayi di atas riba yang seterusnya
mewujudkan perasaan kebergantungan, kemesraan dan kemanjaan di antara kedua-duanya.
Sehubungan dengan itu , Dr Yusuf Al-Qaradawi menyatakan yang 3 perkara ini tidak terjadi di dalam penyusuan susu dari bank susu.
Kita tidak dapat mengenali personaliti ibu sebenar kerana susu itu dikumpul dari ramai wanita, juga tiadanya hisapan terus dari puting ibu dan seterusnya tiadanya rasa kebergantungan, kemanjaan dan kemesraan di antara anak dan ibu.
3. Rujukan : baheis.islam.gov.my
Syarat2 menjadi ibu susuan? Adakah 2 kali kenyang atau 5 kali kenyang? Adakah hukum berbeza sekiranya di beri secara terus menyusu badan atau di pam simpan di botol /disejukkan dan diberi. –
JAWAPAN : Bagi mensabitkan seseorang itu anak susuan atau tidak, antara syaratnya ialah anak tersebut menyusu sekurang-kurang lima kali kenyang dan umurnya tidak melebehi dua tahun. Susu ibu boleh diberikan kepada anak secara terus atau dipam dan disimpan, kemudian berikan kepada anak tersebut.
4.Apakah hubungan anak susuan dgn anak2 kandung ibu susuan ( yg bayi dan adik beradik yg lain)? .
JAWAPAN : Hubungan antara anak susuan dengan anak kandung ibu susuan adalah adik beradik sesuan, mereka tidak boleh kahwin sampai bila-bila samada yang masih bayi atau yang lain.
5. Apakah hubungan ibu kandung anak susuan dan anak2 kandung ibu susuan.
JAWAPAN: Hubungan ibu kandung anak susuan dengan anak-anak kandung susuan adalah seperti orang lain juga iaitu saudara dalam Islam. .
6. Rujukan : www.brunet.bn
Di antara syarat penyusuan anak damit itu ialah sampainya air susu perempuan ke perut anak damit, sama ada terus menerus melalui hisapan payudara atau secara perahan yang diminumkan ke mulut atau dimasukkan ke hidung melalui gelas, botol, sudu atau sebagainya. Kesemua cara yang demikian itu, adalah dikira sebagai proses penyusuan yang mensabitkan anak damit tersebut sebagai anak susuan.
Adapun jika dimasukkan air susu itu melalui lubang atau rongga-rongga yang lain seperti telinga, mata, dubur, qubul atau melalui tempat luka, ia tidak mensabitkan anak damit itu sebagai anak susuan kerana air susu itu tidak sampai ke dalam perut anak damit dan ia tidak memberi pertumbuhan badan terhadap anak tersebut
Comments RSS
TrackBack Identifier URI