salam

saya nak share seidkit mengenai antara code of ethic yang patut dipatuhi oleh pengeluar barangan tersenarai such as..artificial breastmilk 0-36 months, artificial teats, feeding bottle….

Produk tersenarai bermaksud:
a. rumusan bayi (bagi bayi berumur 0-12 bulan) termasuk rumusan sedia diminum;
b. rumusan susulan (bagi bayi 6 bulan hingga 3 tahun) termasuk rumusan sedia
diminum;
c. rumusan khas (rumusan bayi atau susulan bagi keperluan dietari atau perubatan
yang khusus) termasuk rumusan sedia diminum;
d. mana-mana produk lain yang dituju atau dipasarkan bagi pemakanan bayi sehingga
umur 6 bulan.
e. botol susu;
f. puting susu dan puting kosong

mengenai pembungkusan mereka…

kalau artificial breastmilk…antara patut dilabelkan adalah…

SUSU IBU ADALAH MAKANAN TERBAIK BAYI ANDA”

dan mereka tak boleh claim mereka punya susu sama dengan susu ibu..kalau ada SALAH etika

Panduan Umum bagi Bahan Maklumat
Semua bahan maklumat berkaitan dengan produk tersenarai dan makanan pelengkap
hendaklah mematuhi Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan 1985, Akta Perihal
Perdagangan 1972 dan Akta Kawalan Harga 1946. Bahan-bahan ini perlu dikemukakan
kepada Jawatankuasa Penapisan untuk diiberi kelulusan di bawah Tata Etika ini.

6.1.1 Profesional Kesihatan boleh menerima bahan maklumat yang berasaskan fakta dan
sains yang berkaitan:
a. produk tersenarai; dan
b. makanan pelengkap.
6.1.2 Anggota kesihatan lain hanya boleh menerima bahan-bahan sedemikian melalui
profesional kesihatan atau dalam mesyuarat saintifik.
6.1.3 Penggunaan bahan-bahan maklumat tersebut untuk mempromosikan produk – produk
tersenarai tidak dibenarkan.
6.1.4 Bahan maklumat berkaitan produk-produk tersenarai hendaklah menumpukan sekurangkurangnya
suku daripada kandungan bertulis atau ruangannya kepada pernyataan
yang positif tentang penyusuan susu ibu termasuk:
a. pentingnya permulaan awal penyusuan susu ibu dalam tempoh 1 jam selepas
kelahiran;
b. faedah penyusuan susu ibu dan keunggulan susu ibu;
c. pemakanan ibu dan pengurusan penyusuan susu ibu;
d. kesan-kesan negatif memperkenalkan penyusuan rumusan bayi secara selangan
terhadap penyusuan susu ibu;
e. kesukaran untuk mengubah keputusan untuk tidak mengamalkan penyusuan susu
ibu;
f. nasihat dan sokongan penyusuan susu ibu untuk ibu-ibu yang bekerja
6.1.5 Bahan-bahan mengenai penggunaan rumusan bayi, rumusan susulan atau rumusan
khas hendaklah mengandungi maklumat berikut :
a. penggunaan produk-produk tersenarai dengan cara yang betul
b. implikasi sosial dan kewangan terhadap penggunaannya
c. bahayanya penggunaan produk dalam keadaan yang tidak perlu atau dengan cara
yang tidak betul terhadap kesihatan bayi

6.1.6 Akuan berkaitan produk hendaklah mencerminkan keutuhan saintifik tanpa
membayangkan bahawa sebarang produk adalah ulung, serupa atau setanding dengan
susu ibu.
6.1.7 Penyampaian faedah-faedah produk dengan merujuk kepada susu ibu adalah tidak
dibenarkan.
6.1.8 Maklumat yang tidak berat sebelah dan faktual tentang produk-produk yang tersenarai
adalah dibenarkan selagi ia tidak mencabar keunggulan susu ibu. Ilustrasi (jadual, graf,
carta, rajah) dan pernyataan-pernyataan perbandingan susu ibu dengan produk yang
dipetik dari sesuatu kajian adalah dibenarkan , dengan syarat kajian tersebut dinyatakan
sebagai abstrak atau keseluruhannya, dalam bahan pendidikan tersebut.
6.1.9 Penulisan saintifik yang mengandungi maklumat faktual berkaitan pemakanan bayi
dan kanak-kanak kecil adalah dibenarkan.
6.1.10 Gambar bungkusan produk di dalam bahan-bahan maklumat dan pendidikan boleh
dibenarkan dengan kelulusan Jawatankuasa Penapisan.
6.1.11 Maklumat faktual dan saintifik yang telah ditapis dan diluluskan oleh Jawatankuasa
Penapisan adalah bertujuan untuk diberi kepada profesional kesihatan dan anggota
kesihatan sahaja dan bukannya untuk diedarkan kepada orang awam.
6.1.12 Bahan maklumat dan pendidikan lain yang berkaitan dengan produk-produk yang
tersenarai yang ditujukan kepada wanita hamil, ibubapa kepada bayi dan kanak-kanak
kecil serta ahli keluarga mereka adalah tidak dibenarkan.
6.1.13 Kelulusan yang diberi oleh Jawatankuasa Penapisan adalah tertakluk di bawah
peruntukan yang diberi dalam Tata Etika ini dan kelulusan tersebut hendaklah dipaparkan
pada bahan maklumat serta label.
6.2 Penapisan Bahan Maklumat Dan Label Berkaitan Produk Tersenarai (Kecuali
Botol Susu, Puting Susu Dan Puting Kosong)
6.2.1 Segala bahan maklumat dan pendidikan serta label produk-produk tersenarai
(kecuali botol susu, puting susu dan puting kosong)hendaklah dikemukakan kepada
Jawatankuasa Penapisan. dan mematuhi yang berikut:
a. Tujuan dan golongan sasaran perlulah dinyatakan dengan jelas di dalam
permohonan.
b. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan satu salinan bahan untuk
penapisan dalam bentuk elektronik. Bilangan bahan bercetak yang perlu dikemukakan
akan ditentukan oleh Jawatankuasa Penapisan.
c. Semua bahan-bahan penapisan hendaklah “dalam draf terakhir” (dalam cetakan
berwarna penuh) sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa Penapisan.
d. Semua bahan yang diluluskan hendaklah dicetak sama dengan format, huruf,
rekabentuk, perkataan, gaya, susunan dan saiz bersekadar yang diluluskan oleh
Jawatankuasa Penapisan

 

e. Setiap bahan yang telah ditapis adalah diluluskan di atas kewajarannya sendiri dan
tidak ada dua atau lebih bahan yang telah diluluskan itu boleh digabungkan bersama
tanpa kelulusan Jawatankuasa Penapisan.
f. Satu salinan akhir bahan yang dicetak hendaklah dihantar kepada Jawatankuasa
Penapisan untuk tujuan rekod.
6.2.2 Bahan-bahan yang telah diluluskan adalah sah untuk tempoh:
a. Empat (4) tahun dari tarikh kelulusan (label)
b. Tiga (3) tahun dari tarikh kelulusan (bahan pendidikan untuk profesional kesihatan)
c. Enam (6) bulan bagi risalah ringkas pada bungkusan dan pelekat.
Permohonan untuk lanjutan tempoh adalah wajib selepas tempoh tamat kelulusan

Label Rumusan Bayi, Rumusan Susulan dan Rumusan Khas
Label rumusan bayi , rumusan susulan dan rumusan khas hendaklah:
a. dalam Bahasa Malaysia dan boleh memasukkan terjemahannya dalam bahasa
lain;
b. tidak mempamerkan sebarang tuntutan yang menyatakan keunggulan atau
kesamaan produk dengan susu ibu.
c. mempunyai pernyataan “Sebelum Membuat Keputusan Untuk Menggunakan
Keluaran Ini, Sila Minta Nasihat Profesional Kesihatan”;
d. mempunyai arahan untuk penyediaan yang betul dan amaran mengenai bahayanya
terhadap kesihatan jika tidak disediakan dengan betul;
e. mengandungi maklumat mengenai:
- cara menyediakan rumusan yang termasuk pernyataan mengenai kuantiti atau
amaun rumusan yang diarah untuk digunakan dalam penyediaan untuk diberi
kepada bayi;
- amaun rumusan yang perlu diberi pada setiap sajian dan bilangan sajian setiap
hari. Maklumat ini perlu diberi bagi setiap bulan sehingga umur enam bulan untuk
rumusan bayi;
- harga pasaran yang disyorkan;
f. mempunyai nama dan alamat pengimport, pengilang atau pengedar dan negara
asal.
g. tidak menggunakan perkataan, grafik atau gambar yang melambangkan gred, kualiti
atau keunggulan ataupun maksud lain yang sama

h. tidak menggunakan istilah “humanised” atau “maternalised” atau istilah yang
serupa.
i. mempunyai arahan penyimpanan .
j. tidak mempunyai sebarang akuan kandungan nutrien kecuali dibenarkan di bawah
Peraturan- Peraturan Makanan (1985).
k. mempunyai nama haiwan atau tumbuhan dari mana bahan-bahan utama diperolehi.
Ianya ditulis pada Senarai Bahan dalam huruf tebal.
l. mempunyai pernyataan berikut pada panel pamer utama label tersebut:
i. kod kelulusan daripada Jawatankuasa Penapisan.
ii. “SUSU IBU ADALAH MAKANAN YANG TERBAIK BAGI BAYI” bagi rumusan
bayi dan “SUSU IBU ADALAH MAKANAN YANG TERBAIK UNTUK BAYI” bagi
rumusan susulan. Perkataan ini hendaklah berhuruf tebal dan tidak kurang dari
10 poin saiznya untuk tin 500g dan ke bawah. Saiz huruf hendaklah dibesarkan
mengikut saiz tin.
iii. gelaran yang betul misalnya RUMUSAN BAYI, RUMUSAN SUSULAN,
RUMUSAN KHAS dan lain-lain. Perkataan ini hendaklah menonjol dari segi
visual dan kedudukannya dan hendaklah tidak kurang dari separuh daripada
ketinggian apabila dibandingkan dengan jenama produk.
iv. “RUMUSAN BAYI BUKANLAH MAKANAN TUNGGAL BAGI BAYI YANG
BERUMUR LEBIH DARIPADA 6 BULAN” bagi Rumusan Bayi dan “RUMUSAN
SUSULAN BUKANLAH MAKANANTUNGGAL BAGI BAYI YANG BERUMUR
LEBIH DARIPADA 6 BULAN” bagi Rumusan Susulan.Perkataan ini hendaklah
dalam huruf tebal dan tidak kurang daripada 4 poin saiznya bagi tin 500g dan ke
bawah. Saiz huruf hendaklah dibesarkan mengikut saiz tin.
v. “TIDAK BOLEH DIBERIKAN KEPADA BAYI YANG BERUMUR DI BAWAH 6
BULAN” untuk rumusan susulan.
m. tidak menunjukkan sebarang gambar, grafik, perkataan atau pernyataan yang
mungkin memberi tanggapan keunggulan rumusan bayi. Gambar atau grafik bayi
dan bahagian tubuh bayi atau manusia tidak dibenarkan.
n. tidak digunakan sebagai bahantara pengiklanan produk lain.
o. tidak menggunakan pelekat yang tidak ditapis.

 

 

Bahan Maklumat dan Label untuk Produk Makanan Pelengkap
Pengilang dan pengedar dibenarkan untuk mengiklankan serta mempromosikan
makanan pelengkap kepada orang awam dengan syarat :
a. semua bahan yang berkaitan makanan pelengkap tersebut, termasuk iklan dan
label mengandungi yang tersebut di bawah (dalam cetakan huruf tidak kurang dari
10 poin) :
i. “TIDAK BOLEH DIBERIKAN KEPADA BAYI YANG BERUMUR DI BAWAH 6
BULAN KECUALI ATAS NASIHAT PROFESIONAL KESIHATAN.”;
ii. “UNTUK KESIHATAN BAYI YANG OPTIMA, PENYUSUAN SUSU IBU
PERLU DITERUSKAN SEHINGGA UMUR 2 TAHUN DI SAMPING MEMBERI
MAKANAN PELENGKAP.”
b. tiada pengiklanan atau promosi produk dijalankan di sistem penjagaan kesihatan.
Peruntukan di bawah Perkara 4 dan 5 yang berkaitan promosi produk-produk
tersenarai di dalam sistem penjagaan kesihatan adalah juga terpakai untuk makanan
pelengkap.

 

Pelabelan bagi Botol Susu, Puting Susu dan Puting Kosong
Label, bungkusan atau bekas yang mengandungi botol susu, puting susu dan puting
kosong hendaklah:
a. memasukkan amaran dalam Bahasa Malaysia iaitu “PENGGUNAAN BOTOL
SUSU (*atau PUTING SUSU atau PUTING KOSONG) (*yang mana berkaitan)
BOLEH MENGGANGGU PENYUSUAN SUSU IBU” dalam huruf besar yang jelas
dan tebal pada panel pamer utama, dengan saiz huruf tidak kurang daripada 10
mata saiznya, bagi bungkusan yang sama saiz seumpama botol susu 250 ml (saiz
huruf bagi pernyataan tersebut perlu dibesarkan berkadaran dengan saiz produk).
Saiz huruf yang lebih kecil tetapi tidak kurang daripada 2 poin saiz dibenarkan untuk
puting susu dan puting kosong yang dibungkus secara individu. Amaran ini boleh
dicetak pada pelekat bungkusan.
b. memasukkan arahan bagi pembersihan dan pensterilan produk dalam Bahasa
Malaysia, dan boleh memasukkan terjemahannya dalam bahasa lain.
c. tidak mengandungi gambar, grafik atau teks yang mencadangkan kesamaan produk
dengan payudara ibu. Penggunaan gambar atau grafik bayi atau mana-mana
bahagian tubuh bayi atau orang lain adalah tidak dibenarkan.
d. mempunyai nama dan alamat pengilang dan pengedar atau agen tempatan
produk.
e. tidak digunakan sebagai bahantara pengiklanan produk lain.

Related Posts with Thumbnails