Menurut pembacaan saya
Berpuasa seketika(530am-730pm) tidak akan menjejaskan penghasilan susu ibu
namun jika ibu meminum air akan ada sedikit kesan sampingan
1. ibu akan mengalami dehidrasi
2. jika dehidrasi melampau akan berlaku sedikit kekurang kuantiti susu yang terhasil
untuk no.1, jika si ibu kekurangan air dia akan
1. rasa dahaga/haus
2. air kencing sangat kekuningan
Bagaimana mengatasi dehidrasi ketika berpuasa
ketika bersahur minum lebih banyak air..(jangan sampai kembung pula)
Amalkan pemakanan yang seimbang
sesungguhnya berpuasa tidaklah akan memudaratkan, namun jika ada tanda memudaratkan diharuskan berbuka puasa.
Jika siang hari susu perahan terlalu sedikit apa kata waktu sahur dilakukan satu sesi perahan susu?
ketika saya masih memerah susu, saya akan perah selepas berbuka puasa dan ketika sahur juga.
Adakalanya sebelum pergi bekerja iaitu selepas subuh saya perah juga sekali lagi
Elakkan melakukan perkara yang boleh menyebabkan kemudaratan ya
Ikut kemampuan masing-masing
p/s: bagi ibu yang ada kencing manis atau penyakit berkaitan sila dapatkan nasihat doktor anda
Comments RSS
TrackBack Identifier URI