Iklan di TV Malaysa memang ‘catchy’

saya ‘tertonton’ satu iklan makanan untuk kanak kanak…

Nak kata makanan….tetapi ai berbentuk minuman..

 

iklan di mana si ibu mengeluh kerana anak hanya makan apa yang anak suka.tidak makan makanan seimbang

 

Pada pandangan saya, dalam memastikan anak kita mendapat makanan seimbang, kita sebagai ibubapa perlu menjadi lebih kreatif…

 

Elakkan mengambil jalan mudah

 

Jika anak tak suka sayur kita perlu bijak mengubah menu sayur menjadi menarik

Anak saya tak makan sayur dengan nasi tetapi jika sayur di dalam baked pasta atau pun bolognese dia makan dengan penuh berselera

 

memberi anak minum/makan makanan/minuman yang diwar-warkan di iklan.TV commercial sahaja tidak menjamin anak kita mendapat makanan seimbang

semua itu strategi perniagaan…Kalau tak buat iklan begitu tak nampak hebatlah…

 

Iklan KFC juga membuatkan saya tersengeh sinis…

si ibu sedang sibuk memilih apa yang hendak dijamu kepada anak malam nanti..Nampak sahaja restoren KFC, si ibu meletakkan kembali sayur yang seang dipegang dan menuju ke restoren KFC…

adakah KFC sudah cukup semuanya?

Makan sekali sekala OK…janganlah dijadikan makanan ruji pula

mungkin boleh dapat idea mana patut

resepi fid

resepi fid 2 – ni banyak untuk ibu-ibu hehehehe

 

kesimpulannya, kita perlu menjadi lebih kreatif dalam menyediakan makanan anak…