Penyusuan susu ibu adalahsnagat-sangat digalakan di seanterio dunia. Negara-negara maju memang menitik beratkan penyusuan susu ibu, malahan penjualan susu untuk bayi bawah setahun amat dikawal rapi…

Saya ingin berkongsi sedikit pandangan saya mengenai proses memperkenalkan makanan pelengkap/makanan pejal kepada bayi

Seawal usia 6 bulan kita sudah boleh memperkenalkan makanan pejal kepada bayi kita

Makanan apa yang sesuai?

Makanan asas, tanpa berperisa.

Bagi kita warga Malaysia , nasi adalah makanan ruji kita, maka eloklah kita mulakan dengan memperkenalkan bayi kita dengan bubur nasi kosong.

Kemudian, bolehlah dicampur dengan sayur-sayuran, ayam, ikan, daging.

Sedikit demi sedikit. Elakkan ‘melonggok’ kesemuanya sekali gus. Kita digalakkan memberikan bayi kita menu yang sama sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut bagi monitoring kesan alahan terhadap makanan tersebut.

Perisa makanan seperti garam dan gula hanya diperkenalkan setelah bayi berusia lebih 2 tahun.

Nyatalah di sini makanan jajan seperti keropok, snacks dan mi segera adalah tidak sesuai diberikan kepada bayi. Jika boleh elakkan penggunaan MSG di dalam makanan anak sehingga dewasa. (kalau nak guna MSG kena rujuk cara penggunaannya ya, boleh search di internet hehehe)

Pasta juga boleh diberi kepada anak kita. Pelbagaikan menunya mengikut seleranya

Elakkan memaksa anak makan kerana mungkin menjadikan dia fobia untuk makan.

Ibu bapa perlu kreatif dalam hal ini.

OK?

berikut adalah diantara entry saya yang berkaitan.

 

PANDUAN PEMAKANAN KANAK-KANAK – BAYI

Tanda-tanda bayi bersedia untuk solid food

solid food for baby

makanan pejal pertama

Menangani anak yang Picky Eater

picky eater

Anakku bukan picky eater!

 

untuk mencari lebih banyak entry berkitan sila masukkan keyword di ruangan CARI@yuitsumuni ya.