*Sweetstory*: Breastfeeding&Parenting Tips ©

Parenting & Breastfeeding Blog:MEMARTABATKAN PENYUSUAN SUSU IBU

Persiapan untuk menyusukan anak

Salam.

Saya nak share sedikit pandangan saya mengenai persiapan untuk menyusukan anak.

Hrapan saya perkongsian ini membawa manfaat kepada semua terutama mereka yang baru menceburkan diri atau berniat ingin menyusukan anak sehingga berjaya…

Apakah persiapan asas yang perlu kita lakukan?

Adakah mempersiapkan segala gadget?

Antara perkara asas yang perlu kita sediakan sebelum menyusukan anak

Ilmu penyusuan

Bagaimana mendapat ilmu ini?

membaca buku mengenai penyusuan

menghadiri kelas persediaan penyusuan ibu..kebanyakan hospital menawarkan kelas ini(hospiotal kerajaan terutamanya…atau boleh juga menyertai kelas-kelas yang dianjurkan oleh pihak swasta)

bersahabat serta berkawan dengan mereka yang BERJAYA menyusukan anak

Menghubungi pembimbing ibu ke ibu(MBfPC) ataupun pakar laktasi untuk mendapatkan sokongan serta pendedahan mengenai penyusuan ibu

menyertai perjumpaan kumpulan sokongan penyusuan ibu/Support Group Meeting

Jika boleh, bersalinlah di hospital yang mesra bayi dan penyusuan ibu.

Mengapa ilmu penyusuan penting?

Bagi memastikan kita berjaya dalam penyusuan kita

Adakala kita kurang berjaya dalam penyusuan hanya kerana tersalah faham.

Ilmu amat mustahak dalam bab ini

Antara perkara yang kita perlu tahu:

1. kuantiti susu perahan tidak menggambarkan kuantiti sebenar  yang mampu kita hasilkan..Ynag kita perah itu adalah hasil perahan semata-mata..keserasian dengan cara pemerahan juga memainkan faktor besar

2. terlalu obses membuat stok susu sehinggakan lupa hendak menstabilkan kadar penghasilan susu…

direct feeding adalah amat amat penting dalam memastikan susu kita establish

3. supply on demand

jika ada permintaan maka akan ada susu

ini konsep asas yang kita WAJIB tahu

4. kestabilan hormon adalah faktor besar dalam penghasilan susu yang banyak

Elakkan stress atau depression

dalam hal ini jika perlu rakan yang menyokong penyusuan mendampingi kita, hubungilah mereka

5. pam susu, bra penyusuan, ataupun apa jua aksesori penyusuan adalah peralatan yang membantu kita MEMUDAHKAN penyusuan..jika tidak ada tidak mengapa…

Usah terlalu menekan diri untuk memiliki kesemua gadget penyusuan…

Malaysian Breastfeeding Peer Conselor(MBfPC) akan senantiasa mentokong penyusuan ibu!!

breastpump terbaik

breastpump terbaik

 

Apakah jenama breastpump terbaik?

TIADA

 

Pada pandangan saya tiada istilah breastpump terbaik kerana setiap pump ada selling point tersendiri

 

Semuanya sama sahaja yang membezakannya adalah harga dan kesesuaian individu.

 

Bagaimana hendak mengetahui sama ada pump tersebut sesuai atau tidak dengan kita…

bergantung kepada keselesaan kita

Kita boleh dengar testimoni orang tetapi tiada jaminan kita akan mencapai tahap keserasian seperti orang lain…

 

zaman sekarang butik-butik barangan breastfeeding banyak menawarkan servis ‘test drive’ pergi ke sana cuba sendiri breastpump..yang mana sesuai dengan diri dan budget boleh terus beli…

 

Bagi ibu-ibu yang sibuk mungkin breastpump elektrik lebih sesuai….bagi yang kurang sibuk mana-mana pun ok kan?

ikut kesesuaian..

 

Saya dulu guna spectra3 dan avent isis manual…

A;hamdulillah…

Related Posts with Thumbnails





CARI maklumat@yuitsumuni
Custom Search

DISCLAIMER

Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.

Protected by Copyscape Original Content Check