*Sweetstory*: Breastfeeding&Parenting Tips ©

Parenting & Breastfeeding Blog:MEMARTABATKAN PENYUSUAN SUSU IBU

Cara mengurangkan bengkak susu

Bengkak susu boleh menyebabkan si ibu rasa tak selesa dan boleh membawa kepada kesakitan yang melampau serta masalah mastitis

Bagaimana mengelakan bengkak susu
mengelakkan lebih baik daripada mengubatai..maka marilah kita lekkan

1. susukan anak sekerap mungkin (bagi kes ibu bekerja, perah sekerap yang mampu)
2. Tidak ‘skip’ penyusuan(jika bersama anak)
3. elakkan tidur meniarap(boleh blocked susu maka bengkaklah kelenjar)
4. susukan bayi ikut kehendak bayi…pisahkan hanya apabila bayi berhenti
5. perah susu jika bayi tidak menyusu (kadang kadang bayi tidur tak nak bangun menyusu..kita kejut dia marah huhuhu)
6. susukan anak dengan penyusuan susu ibu sepenuhnya..elakkan penggunaan artificial breastmilk..

Andai berlaku juga bengkak susu, maka antara yang kita boleh lakukan…
1. tuam dengan tuala yang dibashkan dengan air suam
2. mandi shower air panas(agak agak kita tahan laa)kenakan pada bahagian payudara yang bengkak. Tekanan dari shower air panas boleh membantu ‘release’ bengkak
3. urut dengan lembut payudara dan tumpukan urutan pada bahagian yang ada ketulan. Urut ke bawah..dari pangkal payudara ke aerola/puting.
4. Boleh juga guna helaian kobis, tekap dipayudara…kesejukkannya membantu menghilangkan sedikkit kesakitan

jika berlarutan berjumpalah doktor segera

Cara terbaik mengelakkan bengkak susu adalah menyusukan anak!

Bayi menolak minum susu dari payudara(direct feeding) adalah sesuatu yang amat menyentap perasaan si ibu. Seolah-olah bayi ;menolak; diri si ibu.
Sungguh menjerut jiwa… stress stressssss…..
Bayi akan menolak direct feeding kadang kadang atau setiap kali ditawarkan.Jadi apa kita nak buat?
Adakala bayi menghisap dalam beberapa minit dan mula menangis..mengamuk atau memberontak..
Walaupun sebenarnya dia lapar dia tetap menolak direct feeding…stress kan?.

Ada bayi yang menunjukkan seolah-olah menolak tetapi sebenarnya dia hanyalah fussy dan ‘jenis’ susah menyusu
Mudah tertarik kepada persekitaran juga salah satu faktor

ketika berhadapan dengan anak yang fussy feeder ataupun yang menolak direct feeding kita perlu lebih banyak bertenang dan bersabar
Tarik nafas….lepass….memang mencabar kesabaran…sabar sabar…
tarik nafas dalam dalam dan lepaskan perlahan lahan…dengan cara ini membuatkan kita lebih tenang dan juga boleh mempengaruhi si anak bertenang
Tumpukan perhatian kepada bayi, dengarlah muzik kegemaran ke.tepuk-tepuk bayi, dodoikan bayiatau dukung bayi kita…Cari ketenangan untuk kita dan bantu si anak bertenang juga

Adakah anak saya menolah susu saya
OK
check perkara berikut
Berapa kali anak anda menolak susu anda dalam 24 jam?
bilangan penyusuan bagi seseorang bayi akan berkurangan apabila makin membesar…
Bayi yang kecil selalunya menyusu sekurang-kurangnya 6-8 kali sehari
Perhatikan perubahan bilangan sesi penyusuan.

Berapa kali anak anda membuang air?
Berapa bilangan lampin basah?

anak kita akan mendapat makanan/susu secukupnya jika dia menukar lampinr sebanyak 6-8 kali sehari
Ini bagi kes lampin kain..
Kalau pakai lampin pakai buang, sekurang kurangnya bayi menukar 5 kali lampin basah(yang penuh)
Monitor juga warna kulit, kesegaran kulit anak dan berat bayi..Jika semuanya OK..maknanya dia cukup susulah..
Jika ada masalah bawa bayi mendapatkan rawatan

ada banyak sebab mengapa bayi menolak direct feeding. Antaranya

Mungkin daripada bayi sendiri
attachement problem
keliru dengan ‘bottlefeeding’
terlalu penat
bayi menolak sebelah payudara
baru lepas ambil imununisasi
tidak sihat, demam, batuk, selsema
tukar pattern menyusu…suka minum malam tak suka minum siang atau sebaliknya ataupun tak suka beriba nak berbaring..
gangguan persekitaran
dah mula makan makanan lain(susu lain ke…solid food ke)
teething..nak tumbuh gigi..gatal gusi
kuat mengigit..semua dia nak gigit
terlampau menggunakan puting kosong(pacifier)
keadaan cuaca yang merengsakan
Tak selesa dengan posisi menyusu

Perkara yang disebabkan oleh milk supply
terlalu laju
susu berkurang
lambat let down
(kita kena kenal pasti)

mungkin juga disebakan oleh ibu
terlalu penat atau stress
sakit atau mengambil ubat-ubatan
berbau lain…tukar perfume, sabun mandi etc
perubahan hormon ibu (terutama yang hamil atau ketika haid)
PMS
ovulasi
Hamil
sakit gigi

Apa kita boleh lakukan untuk memujuk bayi menyusu semula

  • bertenang dan bersabar(paling susahkan) namun bertahan wahai ibu…Jangan marah atau memaksa bayi kerana kelak akan membuatkan bayi fobia dan stress lantas menolak terus direct feeding. Pujuk bayi dan berzikir atau menyanyi lagu lagu kegemaran bayi..heheheh..wah jadi ibu kena pandai menyanyi laaa
  • Dukung bayi dalam keadaan, level kepala bayi ama dengan level breast..sesekali tawarkan ‘nenen’ dan kalau boleh dalam keadaan yang memudahkan penyusuanlah..(tanpa bra ke)ngeh ngeh..jadi ibu seksi!
  • tukar posisi penyusuan..Cubalah cara lain…Kalau baby ada cara sendiri cuba juga cara pilihan dia tu..nak tonggeng terbalik pun..kasi chance laa….Jadi ibu kena bertolak ansur dan kreatif!
  • Mandi dengan baby dan cuba tawarkan ;nene; ketika mandi
  • Tawarkan ‘nenen’ selepas bayi mandi juga boleh ‘mengumpannya’..Badan tengah segar..mood tengah OK
  • Cuba picit keluar sedikit susu ke mulut bayi, bagi dia rasa dulu..kalau suka minumlah banyak banyak
  • sebelum tawarkan susu boleh cuba massage dahulu baby bagi dia relax then cuba offer ‘nenen’
  • boleh juga cuba menyusu di atas buai ke..rocking chair ke
  • puji puji sikit baby kalau dia mula menyusu
  • Kalau dia dah mula menyusu elakkan memberhentikan penyusuan, bagi dia sendiri berhenti…

selamat menyusukan!All the best

Related Posts with Thumbnails





CARI maklumat@yuitsumuni
Custom Search

DISCLAIMER

Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.

Protected by Copyscape Original Content Check