Penyertaan ke Bengkel Latihan PPIMM/MBfPC di Sarawak (1-3 Oktober 2011)
Merujuk perkara diatas saya bagi pihak pengurusan Program Pembimbing Ibu Menyusu Malaysia (PPIMM)/Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) ingin mewar-warkan bengkel latihan kami yang bakal diadakan bagi Zon Malaysia Timur. Maklumat bengkel adalah seperti berikut:
Tarikh: 1-3 Oktober 2011
Lokasi: Kuching, Sarawak (Tempat akan diberitahu kelak)
Masa: 8:00am-6:00pm
Yuran penyertaan: RM100 (bagi permohonan yang terpilih)
Untuk makluman semua, pihak PPIMM/MBfPC memerlukan penyertaan yang minimum sekurang-kurangnya untuk meneruskan program bengkel latihan bagi kawasan Sarawak.
Justeru itu, pada sesiapa yang berminat untuk menjadi pembimbing ibu menyusu (Peer Counselors) khas dari Sarawak untuk menghantar butiran berikut kepadaadmin@malaysianbfpc.org:
1) Nama
Ii) Alamat
Iii) Nombor telefon
Iv) E-mail
V) Nyatakan secara ringkas kenapa anda berminat menyertai bengkel ini
Vi) tarikh/lokasi bengkel yang ingin disertai.
*Sedikit informasi mengenai PPIMM atau MBfPC, Program Pembimbing Ibu Menyusu Malaysian ( PPIMM) atau Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) adalah terdiri daripada jaringan sukarelawan Pembimbing Ibu Menyusu (PIM) atau Peer Counselor (PC) yang terlatih untuk memberikan galakan, maklumat dan sokongan kepada ibu-ibu di dalam penyusuan ibu. Untuk menjadi PIM/PC, seseorang itu perlulah menjalani bengkel latihan yang dikendalikan oleh (PPIMM/MBfPC).
Diminta pada rakan-rakan forum Susuibu.com terutama dari negeri Sarawak untuk turut menghebahkan program bengkel latihan yang bakal diadakan di Sarawak nanti.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan didalam thread ini atau berhubung terus dengan saya diemel admin@malaysianbfpc.org
Sekian, terima kasih.
"MBfPC: Empowering Breastfeeding Communities"
—
Nurhayati Mohd Hashim
Admin Team <admin@malaysianbfpc.org>
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
04 Aug
Posted by Fid 
Permohonan Penyertaan Ke Bengkel Latihan PPIMM/MBfPC Zon Selatan (Johor) Pada 16-18 September 2011
Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Saya ingin memaklumkan satu e-mail permohonan penyertaan ke bengkel latihan PPIMM/MBfPC bagi Zon Selatan (Johor) telah pun dihantar kepada semua yang telah menghantar butiran ke pihak pengurusan PPIMM/MBfPC sebelum ini.
Maklumat mengenai bengkel latihan adalah seperti dibawah:
Tempat: Dewan Tun Rahah, Kolej Tun Razak, Universiti Teknologi Malaysia,81310 Skudai,Johor
Tarikh : 16-18 September 2011
Waktu : 8.00am – 6.00pm
Yuran penyertaan: RM100 (Untuk permohonan yang terpilih)
Untuk makluman semua, setiap permohonan akan melalui proses saringan dari pihak pengurusan berdasarkan maklumat dari borang permohonan dan borang questionnaire peserta untuk memastikan hanya peserta yang memenuhi kriteria pemiihan sahaja layak untuk menyertai bengkel latihan ini.
Borang-borang yang dilampirkan didalam e-mail jemputan daripada pihak pengurusan PPIMM/MBfPC adalah:
1. Borang Permohonan (MBfPC Application Form.Doc)
2. Borang Questionnaire (MBfPC-Questionnaire)
Diminta pada semua yang menerima e-mail jemputan tersebut untuk mengisi borang-borang berkenaan dan mengembalikan borang-borang tersebut kepada admin@malaysianbfpc.orgsebelum 15 Ogos 2011. Permohonan yang masuk selepas 15 Ogos 2011 tidak akan diproses.
Pihak pengurusan PPIMM/MBfPC akan menghantar e-mail jawapan beserta surat jemputan bagi permohonan yang berjaya kepada peserta mulai 22 Ogos 2011. Yuran penyertaan sebanyak RM100 dikenakan untuk setiap permohonan yang berjaya. Maklumat pembayaran akan disertakan sekali bersama e-mail jawapan tersebut.
Pada yang telah menghantar butiran tetapi tidak menerima e-mail ini, sila maklumkan kembali kepada pihakadmin@malaysianbfpc.org
Sebarang pertanyaan bolehlah diemailkan kepadaadmin@malaysianbfpc.org atau berhubung terus dengan saya ditalian (012-2045646)
—
Yang benar,
Nurhayati Mohd Hashim
Admin Team<admin@malaysianbfpc.org>
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor