*Sweetstory*: Breastfeeding&Parenting Tips ©

Parenting & Breastfeeding Blog:MEMARTABATKAN PENYUSUAN SUSU IBU

Posisi dan lekapan yang betul

Panduan posisi penyusuan

posisi 

Cara pelekapan yang betul

latch

1- Teknik lekapan

Berikut dalah perkara yang perlu dilihat mengenai pelekapan yang betul

* Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas

* gerakkan badan bayi ke arah payudara

* pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara(areola)

* pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara

 

Cara pelekapan yang betul

* mulut bayi terbuka luas

* dagunya mencecah payudara

* bibir melekup keluar

* pipi gelembung

* payudara nampak penuh dan bulat

* terdengar nada hisapan – hisap -telan-hisap-telan

 

2- Teknik utk kawal susu dr memancut dgn banyak semasa bf kan baby. keadaan ni buatkn baby saya mcm tersedak

1. Tekap dahulu dengan kain, ataupun tadah susu itu, selepas let down itu kembali normal, baru susukan bayi semula.

?2. Puan boleh gunakan pegangan gunting ‘scissor hold’ pada bahagian aerola bagi memerlahankan susu. 3. Perah dahulu baru susukan bayi.

Penyertaan ke Bengkel Latihan PPIMM/MBfPC di Sarawak (1-3 Oktober 2011)

Merujuk perkara diatas saya bagi pihak pengurusan Program Pembimbing Ibu Menyusu Malaysia (PPIMM)/Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) ingin mewar-warkan bengkel latihan kami yang bakal diadakan bagi Zon Malaysia Timur. Maklumat bengkel adalah seperti berikut:

Tarikh: 1-3 Oktober 2011
Lokasi: Kuching, Sarawak (Tempat akan diberitahu kelak)
Masa: 8:00am-6:00pm
Yuran penyertaan: RM100 (bagi permohonan yang terpilih)

Untuk makluman semua, pihak PPIMM/MBfPC memerlukan penyertaan yang minimum sekurang-kurangnya untuk meneruskan program bengkel latihan bagi kawasan Sarawak.
Justeru itu, pada sesiapa yang berminat untuk menjadi pembimbing ibu menyusu (Peer Counselors) khas dari Sarawak untuk menghantar butiran berikut kepadaadmin@malaysianbfpc.org:
1) Nama
Ii) Alamat
Iii) Nombor telefon
Iv) E-mail
V) Nyatakan secara ringkas kenapa anda berminat menyertai bengkel ini
Vi) tarikh/lokasi bengkel yang ingin disertai.

*Sedikit informasi mengenai PPIMM atau MBfPC, Program Pembimbing Ibu Menyusu Malaysian ( PPIMM) atau Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) adalah terdiri daripada jaringan sukarelawan Pembimbing Ibu Menyusu (PIM) atau Peer Counselor (PC) yang terlatih untuk memberikan galakan, maklumat dan sokongan kepada ibu-ibu di dalam penyusuan ibu. Untuk menjadi PIM/PC, seseorang itu perlulah menjalani bengkel latihan yang dikendalikan oleh (PPIMM/MBfPC).
Diminta pada rakan-rakan forum Susuibu.com terutama dari negeri Sarawak untuk turut menghebahkan program bengkel latihan yang bakal diadakan di Sarawak nanti.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan didalam thread ini atau berhubung terus dengan saya diemel admin@malaysianbfpc.org
Sekian, terima kasih.

"MBfPC: Empowering Breastfeeding Communities"


Nurhayati Mohd Hashim
Admin Team <admin@malaysianbfpc.org>
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor





CARI maklumat@yuitsumuni
Custom Search

DISCLAIMER

Artikel yang ditulis atau dikumpul sebelum tarikh 4 April 2010 adalah artikel yang terhasil/terkumpul dengan campur aduk perasaann tanpa pengetahuan yang sepatutnya.Namun entry dan artikel selepas 4 April 2010 adalah entry/artikel yang lebih menjurus kepada promosi susu ibu yang sebenar..selepas menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) Training.

Protected by Copyscape Original Content Check