Perkara yang merungsingkan …yang mana sebenarnya sangat mudah
bolehkah campur susu perahan sebelah kiri dan kanan?
BOLEH
kita boleh campur susu perahan payudara kiri dan payudara kanan…
tiada masalah
kiri minuman kanan makanan?benarkah?MITOS!
susu kita ni belah mana sekali pun akan mengenyangkan jika anak minum foremilk(kepala susu) dan hindmilk(badan susu) dengan seimbang/cukup
anak akan kenyang dan akan hilang dahaga dan mendapat khasiat maksimum…
Boleh atau tidak?
Bagaimana?
OK
mula mula mari kita sama sama mendalami serba sedikit mengenai apakah penyusuan susu ibu itu?
Penyusuan susu ibu adalah memberi anak minum susu ibu…of course la kan
exclusive breastfeeding: Bayi hanya minum susu ibu tanpa sebarang makanan atau minuman lain termasuk air masak..WHO menggalakan ibu ibu menyusukan anak secara ekslusif selama 6 bulan awal kelahiran bayi
selepas bayi berusi 6 bulan bolehlah kita perkenalkan makanan pejal….dan meneruskan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun atau lebih
penyusuan susu ibu sepenuhnya…bayi diberi SUSU ibu(tanpa susu lain) beserta makanan pejal(bubur nasi dan bijirin)
extended breastfeeding…penyusuan susu ibu selepas usia anak 2 tahun (ada yang kata selepas usia anak setahun dan sebagainya…setelah ‘dah tak berapa baby sangat dah’)
Saya menyusukan anak saya sehingga berusia 5 tahun ( 17 sept 2005-17 sept 2010) dan anak saya mula berminat berhenti menyusu setelah genap usianya 5 tahun…iaitu 17 september 2010 yang lalu
Saya tidak memaksanya cuma menyatakan kepadanya yang dia lambat laun perlu berhenti juga menyusu badan…
Dan akhirnya dia membuat keputusan berhenti dan hanya minta disusukan jika dia terlalu ‘rindu’
ya la kan sedar sedar lahir ke dunia itulah yang diminum saban hari susahlah kalau nak suruh berhenti titik noktah begitu saja …
layan
berikut saya copy dan paste komen saya di susuibu/com
bg kes saya
anak saya
minum susuibu sahaja sampai usia 5 bln 28 hari
usia 5 bln 29 hari sampai 2 tahun 2 bulan dia makan solid food dan minum susu ibu serta minum air masak sahajatiada mknn atau minuman berperisa gula.garam etc sampai usia dia 2 thn 2 bulan
saya stop perah ketika usia anak 2 tahun 2 bulan tapi anak saya masih menyusu badan sampai usia 5 thnselepas usia 2 thn 2 bln tu dia mkn dan minum seperti manusoia biasa yg lain cuma dia tak minum formula milk..dia minum susu ibu dan susu cecair yang lain..tak ambil sebarang susu powder
Dalam hal menyusukan anak lebih daripada 2 tahun banyak perkara yang perlu kita ambil kira
terutamanya bab mitos ataupun kepercayaan karut masyarakat kita
Namun jika kita sudah bertekad maka teruskan niat kita itu
Ramai yang menyatakan saya bakal menghadapi masalah untuk mencerai susu badan bagi anak saya
tapi syukur Alhamdulillah
Allah permudahkan..anak saya sedia mengundur diri dan mengaku sudah besar…(walaupun kadang kadang gigil nak hisap nenen juga..walaupun 4 saat)
Yang pasti…BERJAYA menyusukan anak sendiri adalah satu kepuasan bagi seorang ibu…dan jika kita tidak berjaya usah kita gundah gulana..yang lepas biar lepas yang bakal tiba kita buat yang terbaik!