Ibu perlu perbetul tanggapan salah
JIKA anda fikir puasa mengurangkan kualiti serta pengeluaran susu badan lantaran tidak makan dan minum, dari terbit fajar hingga terbenam mentari, tanggapan itu adalah meleset sama sekali.
Ini kerana ‘kerancakan’ pengeluaran susu sebenarnya berpunca daripada semangat, tanggapan serta minda positif untuk si ibu terus menyusukan bayi mereka.
Salah tanggapan berkenaan timbul lantaran kurang maklumat mengenai penyusuan. Ketua Pegawai Eksekutif dan Perunding Laktasi, Rita Rahayu Omar, berkata banyak kajian membuktikan puasa tidak menjejaskan komposisi susu ibu kerana tubuh wanita berkemampuan menghasilkan beberapa adaptasi metabolik, untuk memastikan pengeluaran susu tidak terjejas sungguhpun berpuasa.
“Tetapi jika berlaku dehidrasi yang kritikal, ia mungkin terjejas sedikit. Oleh itu, ibu perlu pastikan mengambil jumlah cecair mencukupi, di samping tahu menilai keadaan kesihatan sendiri. Jika ia memudaratkan kesihatan anda atau bayi anda, maka haruslah berbuka.
“Sebetulnya penghasilan susu tidak bergantung kepada amalan pemakanan atau ubat-ubatan. Ia bergantung kepada keupayaan ibu untuk mengosongkan payudara secara efektif dan penyusuan dengan kerap. Pengambilan sebarang ubat-ubatan hanya memberi kesan untuk sementara waktu jika ibu tidak melakukan perkara asas dalam penyusuan,” katanya.
Beliau berkata demikian mengenai penyusuan ketika Ramadan. Daripada pandangan Islam, wanita hamil dan menyusukan bayi diberikan kelonggaran untuk berbuka puasa terutama jika ibu bimbang berlaku kemudaratan kepada diri, bayi atau kedua-duanya.
Mengenai operasi memerah susu pula, Rita Rahayu berkata, waktu memerah susu seharusnya sama saja seperti hari biasa, cuma dalam bulan Ramadan ia boleh dimulakan awal pagi ketika bersahur kerana kuantiti susu biasanya lebih banyak ketika itu dan selepas berbuka.
Tiada persediaan khas yang diperlukan ibu. Yang penting si ibu perlu berfikiran positif, pasangkan niat untuk meneruskan penyusuan sepanjang bulan puasa yang mulia ini serta memastikan mengambil makanan yang menyihatkan.
“Minum banyak air waktu berbuka bagi mengelakkan dehidrasi, pada masa sama, berdoa semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Ketahuilah, berpuasa adalah ibadat dan seperti disebut dalam surah al-Baqarah 185, yang bermaksud `Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran’,” katanya.
Segelintir wanita hari ini terlalu cepat mengalah untuk penyusuan dengan alasan ‘tidak ada susu’ sedangkan ia tidak begitu. Lima puluh peratus daripada wanita yang sedang menyusu melaporkan masalah kekurangan susu sepanjang tempoh penyusuan dan ia adalah antara sebab utama mengapa mereka bercerai susu awal.
Kajian mendapati lebih 90 peratus adalah ‘falsely perceived’ bererti ia adalah disebabkan oleh asas dan amalan penyusuan yang tidak betul. Hanya lima peratus wanita yang tidak berupaya untuk menghasilkan susu secukupnya dan ia berpunca daripada masalah tifoid, prolactin, PCOS (infertility) dan Hypoplasia.
“Kesimpulannya, 95 peratus wanita normal dan mampu menyusukan anaknya. Perkara yang menyebabkan seseorang ibu mempunyai persepsi yang salah (kekurangan penghasilan susu) adalah kekurangan ilmu mengenai penyusuan; payu dara kelihatan lembik dan proses lonjakan tumbesaran yang menyebabkan bayi menyusu dengan lebih kerap.
“Selain itu, tidak dapat menghasilkan susu dalam kuantiti yang banyak serta kurang pengalaman mengenai pengeluaran susu atau ‘Milk Ejection Reflexs’ (MER) atau let-down, serta bayi sentiasa meragam,” katanya.
Jelasnya penyusuan susu ibu juga adalah cara yang paling baik untuk menangani tekanan. Ia berlaku kerana hormon penyusuan secara semula jadi akan bertindak balas dan bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan mental seseorang wanita itu terpelihara.
“Hormon Prolaktin iaitu hormon yang menimbulkan perasaan keibuan dan menjadikan si ibu tenang. Hormon oksitoksin pula adalah hormon yang mencetuskan perasaan kasih sayang. Kesan psikologi ini berkekalan sepanjang si ibu mengamalkan penyusuan ibu. Di sinilah keunikan yang ada pada penyusuan ibu jika si ibu mengamalkannya dalam erti kata sebenar.
“Ibu bekerjaya harus memperbanyakkan amalan penyusuan secara terus pada setiap peluang yang ada dan jangan terlalu bergantung kepada pemberian susu perahan. Amalan lebih banyak memberi susu perahan saja inilah yang menyebabkan ramai ibu berkerjaya tidak mendapat manfaat menyusu. Menyusu adalah titik permulaan ikatan kasih sayang sesebuah institusi keluarga dan melahirkan keluarga yang penuh kasih sayang,” katanya.
INFO:
Persediaan puasa ibu menyusu
Kebaikan menyusu buat ibu
Kebaikan susu ibu kepada bayi
Kebaikan ibu menyusu kepada keluarga dan masyarakat
Puasa dah dekat nih…Bulan Ramadhan sudah hampir.
Mampukah berpuasa ketika menyusukan?
Adakah susu nih?Laratkah?macam mana nih?
Gelabah?
susah hati?
Apa tindakan anda?
Mula mencari CARA MENAMBAH susu badan?
Mula mencari apakah milk booster sesuai?
Mula terikut-ikut dengan testimoni orang lain tanpa mengenalpasti terlebih dahulu masalah sendiri?
Mengapa susah hati?
Secara jelasnya kebanyakkan ibu yang sedang membaca entry ini hukan ibu yang bekerja menanggung balak di hutan mahupun menyamkul di ladang kan?
hehehehhe
Pejabar berpendingin? Makan minum secara umumnya cukup?
Mengapa anda risau?
Mari kita kaji balik..apa punca kita runsing?
Produksi susu merudum?
Apa puncanya?
Adakah dengan menyusukan anak kita akan mengalami masalah ketika berpuasa..atau berpuasa mendatangkan masalah kepada penyusuan?
OK..yang pertama..saya ingin mengajak para ibu sekalian menyertai kami di…
Sambutan Hari Susu Ibu
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) dengan kerjasama PUSPANITA Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan mengadakan Sambutan Hari Susu Ibu tahun 2011 :
Tarikh : 16 Julai 2011
Tempat : Kompleks 3C, Bandar Sunway (Pusat Perkembangan Kanak- Kanak)
Masa : 8.30 pagi – 1.30 tengahari
Aturcara Majlis :
8.30 Pagi – Ketibaan Para Jemputan
9.00 Pagi – Ceramah tentang kebaikan susu ibu kepada anak, ibu dan komuniti
10.00 Pagi – Pertandingan Mengendong Bayi
10.30 Pagi – Pertandingan Bayi merangkak kepada Ibu
10.45 Pagi – Pertunjukan Fesyen Ibu Menyusu
11.15 Pagi – Ketibaan Dif-Dif Kehormat
11.30 Pagi
- Ucapan Alu-Aluan oleh:Presiden Puspanita MPSJ
- Ucapan Alu-Aluan dan Tema Penyusuan oleh:
“Chief Knowledge Officer of Nurturing Concepts Sdn Bhd”, Puan Nor Kamariah Binti Mohamad Alwi
- Ucapan Perasmian oleh:Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, Y.B Hannah Yeoh
1.00 Tengahari
- Penyampaian pemenang Bayi Merangkak kepada Ibu
- Penyampaian pemenang Mengendong Bayi
- Penyampaian pemenang Fesyen Ibu Menyusu
- Penyampaian Anugerah Ibu Menyusu Berjaya
1.30 Tengahari – Majlis bersuraiNote:
Lokasi :
Kompleks 3C, MPSJ
Jalan PJS 11/2, Taman Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya
No. Telefon : 03 – 5637 0279Contact person: Wan
dan
majlis ilmu
Support Group Meeting
Summary
SGM7/2011 : The Normal Course of BreastfeedingBeginning DateTime
24 Jul 2011 (Sun) 09:00 (GMT+08:00)Finishing DateTime
24 Jul 2011 (Sun) 10:00 (GMT+08:00)Location
Taman Cempaka, Bandar Baru BangiContact
03-8925 4614Description
Join our Moderated Breastfeeding Support Group Discussion.
The concept of this program is a meeting format which allows every mother to actively participate in the discussion. Through this program, we hope that mothers will get more benefits through experience sharing with other breastfeeding mothers.
Boleh kita bertemu dan berbicara lebih lanjut
Kami(MBfPC) mungkin tidak akan dapat membantu menyelesaikan masalah namun, Insya Allah puan-puan akan mendapat sedikit sebanyak idea bagaimana menjayakan penyusuan susu ibu.
Marilah sertai kami ya….PERCUMA…
seterusnya saya ingin berkongsi sedikit catatan lama saya
dan banyak lagi artikel yang saya kongsikan.
All the best!