Ehh
ko bersalin operate??
hish..apa kes???
Ramai yang masih takut jika terpaksa melahirkan anak secara pembedahan…
ada yang beranggapan ibu yang bersalin secara ceasarian ini ibu yang banyak dosa..
susah bersalin sebab berdoasa.
Oh my my..
mudahnya buat andaian
Jika anda berketinggian 152cm dan henadak melahirkan bayi seberat 4.41kg adalah sesuatu yang amat payah dan jarang-jarang berlaku secara normal…bukaan walaupun mencecah 10cm….anak anda masih berada di paras perut..
Untuk ,menyelamatkannya hanyalah dengan membelah perut sahaja..heheheh
ataupun paksa juga dia keluar secara normal dan mengambil risiko mendapat anak yang patah bahu!
yang mana pilihan anda?
apa yang anda takut tentang bersalin secara c-section???
Adakala doktor menasihati ibu yang ada darah tinggi atau yang lanjut usia bersalin secara pembedahan bagi mengurangkan risiko ke atas ibu dan bayi
untuk keselamatan…maka di permudahkan
Anda takut bersalin c-section kerana takut tidak dapat menyusukana nak??
anda silap
susu keluar daripada payudara bukannya dari jalan keluar bayi dilahirkan
Alhamdulilla
walaupun bersalin secara pembedahan saya mampu menyusukan anak hingga ke hari ini!Sykran Ya Allah..
p/s: Jika anda bakal bersalin secara c-section dan perlukan sokongan sila hubungi saya hahahaa
17 september 2005 Akif lahir ke dunia melalui ceasarian birth dengan berat kelahiran 4.41kg, 55cm panjang dan 35cm lilitan kepala pada jam 1150am di Selangor Medical Center disambut oleh Dr BK Tan, Dr Ling dan Dr.Suraya
Kerana mommy anak ini tidak pernah tahu mengenai ceasarian birth dan breastfeeding maka dia tidak mahu tahu apa bayi akif minum sepanjang 12jam pertama kelahirannya ke dunia.Mommy tidak menyesal tetapi tidak mahu tahu!
Akifku susukan selepas hampir 12 jam kelahirannya.Anak ini tidak perlu diajar bagaimana menyusu kerana sebaik sahaja nurse meletakkannya didada mommynya dia dengan sendiri membuka mulut dan menghampirkannya ke puting dan menghisap susu.Yang perlu diajar ketika itu adalah mommynya.
Aku diajar cara memastikan bayi latch dengan betul dan sedikit taklimat ringkas tentang penyusuan susu ibu.Mulai saat itu santapan Akif hanyalah daripada badan mommynya.
Hari ketiga selepas bersalin kami masih di SMC kerana mommy belom dibenarkan pulang.Dan pada hari ketiga kelahiran itu aku mula merasakan bengkak susu yang mana itulah titiktolak perjuangan seorang mommy dalam dunia penyusuan susu ibu.
Keesokkan petang kami dibenarkan pulang.Sepatutnya pagi lagi dah boleh balik tapi suamiku yang dedikasi itu telah ke pejabat terlebih dahulu menemui Encik Tham.Maka petanglah jadinya masa pulang ke rumah.Ohhh tidaklah petang sangat,jam 3pm.
Pertama kali pilang ke rumah bersama bayi kecil.Perasaanku yang utama adalah risau.Gundah gulana.Bagaimana akuhendak mencorak anak ini?Apa aku nak beri doa makan?Aku belum cukup ilmu.Ketika anakku tidur malam itu aku menelaah buku panduan penjagaan bayi.Satu ilham tercetus.Aku yakin kini apakah yang terbaik buat anakku.
Bersambung…..